ARTIKEL

Jualan Rahmah sempena sambutan Hari M’sia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Jawatankuasa Kerja Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2023 bercadang untuk memasukkan program Jualan Rahmah sebagai antara pengisian untuk sambutan Hari Malaysia yang diadakan pada 16 September, di sini.

Pengerusi jawatankuasa yang juga Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD), Datuk Mohamad Fauzi Md Isa berkata program tersebut dicadangkan bertujuan untuk memberi peluang kepada rakyat mendapatkan barangan keperluan pada harga berpatutan semasa sambutan itu.

Bercakap kepada media selepas membuat tinjauan tapak sambutan itu di Stadium Perpaduan semalam, beliau berkata pengisian sambutan itu bakal diperincikan lagi dalam mesyuarat jawatankuasa induk di Putrajaya 14 Ogos ini.

“Insya-Allah, minggu hadapan ada satu mesyuarat jawatankuasa induk yang akan dipengerusikan bersama oleh Menteri KKD (Fahmi Fadzil) dan juga Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk Julaihi Narawi untuk menjelaskan beberapa perkara penting,” katanya.

Mohamad Fauzi berkata, sambutan kali ini mementaskan beberapa persembahan yang menggambarkan keakraban tiga wilayah yang membentuk Malaysia yang terdiri dari Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

Menurutnya selain persembahan artis Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), malam sambutan itu turut diserikan dengan konsert yang menampilkan beberapa artis dari ketiga-tiga wilayah ini serta pertunjukan bunga api.

Menyentuh tinjauannya sebelum itu, Mohamad Fauzi berkata walaupun kerja-kerja pengubahelokan sedang dijalankan di Stadium Perpaduan, ia tidak menghalang persiapan untuk mengadakan acara sambutan di situ.

“Saya difahamkan (kerja-kerja) diberhentikan (sementara) untuk memberi laluan kepada sambutan Hari Malaysia.

“Kita tinjau tadi keadaan di stadium dan insya-Allah, semuanya bersedia sepenuhnya sempena Hari Malaysia,” tambahnya.

Sementara itu, UKAS dalam kenyataan media sebelum ini menyebut Yang di-Pertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud turut menjadi tetamu kehormat sambutan itu.

Dijangka hadir ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor. – Bernama

BERITA LAIN

Perkukuh daya tahan ekonomi

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2027 bertujuan memperkukuh daya tahan ekonomi Malaysia, menyokong perubahan industri dan meningkatkan pembangunan tenaga kerja dalam sektor sarung tangan getah, kata Persatuan

BERITA TERBARU