ARTIKEL

Jumlah mangsa banjir di PPS Sarawak menurun

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Jumlah mangsa banjir yang masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sarawak menunjukkan penurunan setakat jam 12 tengah hari.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), keadaan banjir semakin pulih dengan dua lagi PPS ditutup hari ini, menjadikan 21 PPS masih aktif.

“Setakat jam 12 tengah hari ini, seramai 3,473 mangsa masih ditempatkan di 19 PPS banjir.

“Di Bintulu, jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di  lima PPS, yang masih dibuka, kini hanya seramai 1,849 mangsa,” menurutnya dalam satu kenyataan.

Tambah sekretariat lagi, di Sibu masih terdapat seramai 737 mangsa banjir yang ditempatkan di lima PPS yang masih dibuka.

Di Mukah pula, terdapat empat PPS yang masih dibuka untuk menempatkan seramai 613 mangsa, manakala di Miri, terdapat lima PPS masih aktif dan menempatkan 274 mangsa.

“Manakala di Kuching, Samarahan, Serian, Betong, Sarikei dan Kapit masing-masing telah pulih daripada banjir dengan semua PPS ditutup sepenuhnya.

“Selain PPS banjir, turut dibuka sebuah PPS tanah runtuh di Miri yang menempatkan seramai 150 mangsa.

“Manakala sebuah lagi PPS kebakaran dibuka di Sibu, menempatkan seramai 35 mangsa,” katanya.

TAMAT

SEO keywords: PPS tutup di Sarawak, PPS buka, mangsa banjir Sarawak

BERITA LAIN

BERITA TERBARU