Jumlah mangsa banjir di PPS SK Tanah Puteh meningkat, setakat jam 8 malam tadi

KICHING: Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SK Tanah Puteh merekodkan jumlah mangsa banjir tertinggi di daerah Serian, setakat jam 8 malam tadi.
Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, seramai 341 mangsa daripada 101 keluarga ditempatkan di PPS itu.
Jumlah tersebut meningkat berbanding seramai 338 mangsa daripada 100 keluarga setakat jam 4 petang tadi.
Selain PPS SK Tanah Puteh, empat lagi PPS masih dibuka di daerah Serian yang merangkumi 569 mangsa di kesemua PPS.
Ini termasuk 96 mangsa di PPS Dewan Kpg Rimba Padi, PPS Dewan Kpg Slabi Entukuh (32), PPS Dewan Balek Buk Janjun (26) dan PPS Dewan Masyarakat Serian (74).

Suara Sarawak