KUCHING: Jumlah mangsa banjir di Sarawak terus menunjukkan trend peningkatan apabila 41 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka setakat pagi ini, melibatkan beberapa bahagian utama di negeri itu.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak memaklumkan PPS berkenaan membabitkan bahagian Kuching, Samarahan, Serian, Sibu, Mukah, Bintulu dan Miri yang kini menempatkan sebanyak 3,890 mangsa daripada 1,175 keluarga.
Jumlah itu bertambah berbanding 3,546 mangsa daripada 1,030 keluarga di 40 PPS malam tadi
Menurut JPBN Sarawak, antara PPS yang mencatat peningkatan pemindahan mangsa banjir adalah di bahagian Kuching, khususnya di daerah Serian yang dikenal pasti sebagai kawasan zon merah bencana, melibatkan PPS Ranchan dan PPS Dewan Serbaguna Sekolah Jenis Kebangsaan Chung Hua Batu 29.
Selain itu, trend peningkatan turut direkodkan di bahagian Sibu dan Bintulu, masing-masing membabitkan PPS Bukit Arip dan PPS Dewan Suarah Bintulu. – BERNAMA

Pelabur China Berminat Bawa Pelaburan Aluminium Berskala Besar Ke Sarawak – Ahmad Zahid
BEIJING: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pelabur China menunjukkan minat untuk membawa pelaburan berskala besar dalam sektor pengeluaran aluminium ke

