ARTIKEL

Jurutera terjejas banjir rugi RM30,000

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Malam 29 Jan lepas menjadi tarikh yang tidak dapat dilupakan buat Hazzaid Abdul Muin apabila air dengan cepat memasuki rumahnya di Taman Sebiew Indah, di sini.

Jurutera berusia 36 tahun itu menyifatkan situasi tersebut seperti adegan filem apabila beliau berdepan detik cemas untuk menyelamatkan keluarganya sebelum air memenuhi ruang rumah.

“Kita terkejut semasa air mula naik pada sekitar 6 pagi (29 Jan) dan ingat akan surut, tetapi hujan berterusan. Sekitar 11 pagi, bot bantuan datang untuk memindahkan semua orang,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata banjir yang mula surut pada Jumaat telah menyebabkan beliau kerugian lebih RM30,000.

“Kerugian yang ditanggung memang banyak; dua kereta kami turut terkesan, sebuah kereta sudah dibawa ke bengkel. Selain itu, kami juga kerugian barang seperti perabot dan barangan elektronik lain,” tambahnya.

Hazzaid menjelaskan bahawa pembersihan rumah pascabanjir sedang berjalan dan usaha tersebut memakan masa yang lama, terutama untuk membawa keluar barang-barang rosak.

“Sekarang, kami sedang membawa barang-barang yang nak dibuang ke hujung jalan untuk lori bawa ke tapak pelupusan,” katanya.

Setakat pagi ini, seramai 4,687 mangsa masih berada di sembilan pusat pemindahan sementara (PPS) di Bintulu susulan banjir yang disifatkan paling teruk dalam tempoh 30 tahun di kawasan itu.– BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU