ARTIKEL

Gambar hiasan AI

JURUTERBANG MAUT DALAM NAHAS PESAWAT TENTERA UDARA INDIA

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

NEW DELHI: Seorang juruterbang terbunuh apabila sebuah pesawat Jaguar dua tempat duduk milik Tentera Udara India terhempas di negeri Gujarat pada Rabu.

Pesawat itu berlepas dari lapangan terbang Jamnagar untuk menjalankan misi malam.

“Para juruterbang menghadapi masalah teknikal dan mengaktifkan kerusi lenting, mengelakkan bahaya kepada lapangan terbang dan penduduk tempatan.

“Malangnya, seorang juruterbang meninggal dunia akibat kecederaannya, manakala seorang lagi menerima rawatan di sebuah hospital di Jamnagar”, menurut tentera udara dalam satu kenyataan pada Khamis.

Tentera Udara India kehilangan sebuah pesawat Jaguar bulan lepas di utara negeri Haryana akibat kerosakan sistem semasa latihan rutin. – BERNAMA

BERITA LAIN

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU