DI sebalik kesibukan menghadiri kuliah, menyiapkan tugasan dan memenuhi tuntutan kehidupan sebagai mahasiswa, muzik pop Korea atau K-pop menjadi antara sumber hiburan yang memberikan ketenangan kepada generasi muda.
Irama rancak, persembahan bertenaga serta keunikan personaliti artis K-pop bukan sahaja menarik perhatian peminat, malah menjadikan genre muzik itu sebahagian daripada kehidupan seharian mereka.
Bagi pelajar jurusan Linguistik di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Izza Syahirah, 21, muzik K-pop bukan sekadar hiburan untuk mengisi masa lapang, tetapi turut menjadi medium untuk mengurangkan tekanan akibat kesibukan pengajian.
Anak kedua daripada empat adik-beradik berasal dari Sabah itu mengakui bahawa minatnya terhadap muzik Korea Selatan bermula sejak berusia 12 tahun.
Pada peringkat awal, dia hanya mengikuti perkembangan K-pop kerana pengaruh rakan sebaya, namun minat tersebut semakin mendalam apabila dia mula mengenali pelbagai kumpulan menerusi rancangan pertandingan pencarian bakat.
Sejak berusia 14 tahun, Izza mula mengikuti perkembangan kumpulan Wanna One dan Treasure yang menjadi antara kumpulan kegemarannya ketika zaman persekolahan.
Minat itu kemudiannya berkembang apabila dia mula meminati kumpulan ZeroBaseOne (ZB1), sebelum memberikan perhatian kepada kumpulan Cortis yang bernaung di bawah HYBE Entertainment.

Menurutnya, setiap kumpulan mempunyai keistimewaan tersendiri, sama ada dari segi muzik, persembahan, konsep mahupun personaliti ahli yang menjadikan pengalaman mengikuti perkembangan K-pop lebih menarik.
Baginya, muzik bukan sahaja mampu mencarikan suasana, malah membantu menghilangkan tekanan daripada tekanan tugas dan tanggungjawab sebagai pelajar universiti.
Lagu dekat dengan kehidupan
Mengulas mengenai kumpulan Cortis, Izza berkata, minatnya mula bertolak selepas mendengar lagu berjudul Joyride yang mempunyai daya tarikan tersendiri.
Selain muzik yang menarik, dia turut terpikat dengan personaliti ahli kumpulan itu yang dianggap bersahaja, lucu dan menghiburkan menerusi rancangan hiburan serta video pendek di media sosial.
“Dalam kumpulan Cortis, ahli kegemaran saya ialah Keonho, ahli termuda yang lahir pada 2009.
“Gaya beliau mengingatkan saya kepada zaman remaja yang nakal tetapi baik. Saya mengagumi kesungguhannya berusaha mendapatkan apa yang diimpikan,” katanya.
Bagi Izza, Keonho mempunyai personaliti yang mudah menarik perhatian peminat, selain menunjukkan kesungguhan dalam mengejar impian pada usia muda.
Dia turut menjadikan lagu Joyride sebagai antara lagu wajib dalam senarai main hariannya kerana merasakan mesej yang disampaikan mempunyai kaitan rapat dengan pengalaman peribadinya.
Menurutnya, sebahagian lirik lagu itu menggambarkan keadaan seseorang yang terperangkap dalam rutin harian sehingga berasa tertekan dan mendambakan kebebasan.
Situasi tersebut dekat dengan kehidupannya sebagai mahasiswa yang perlu menghabiskan banyak masa untuk belajar, menyiapkan tugasan dan memenuhi komitmen akademik.
Bagaimanapun, bahagian lain lagu berkenaan memberikan rasa ketenangan serta menggambarkan keinginan untuk menikmati kebebasan daripada kesibukan seharian.
Justeru, lagu itu bukan sekadar menjadi hiburan, malah memberikan ruang kepada Izza untuk berehat sekitika daripada tekanan pengajian.

Fesyen curi perhatian
Selain muzik, Izza turut mengagumi penampilan dan gaya fesyen kumpulan Cortis yang disifatkannya unik serta mempunyai identiti tersendiri.
Antara yang menarik perhatiannya ialah konsep fesyen vintage yang ditampilkan kumpulan itu ketika kemunculan album pertama mereka, Colour Outside The Line.
Menurutnya, gaya berpakaian yang menggabungkan baju berfesyen panjang dengan kemaja berlongan pendek di bahagian luar, seluar longgar serta kasut yang bersesuaian memberikan penampilan santai tetapi menarik.
Gabungan pakaian tersebut dianggap mempunyai nilai kreativiti tersendiri kerana memperlihatkan keberanian ahli kumpulan berkenaan dalam menampilkan gaya yang berbeza.
Walaupun belum berkesempatan mencuba penampilan sedemikian, Izza mengakui gaya fesyen kumpulan itu menjadi antara aspek yang membuatkannya terus mengikuti perkembangan mereka.
Baginya, tarikan K-pop tidak hanya terhad kepada lagu dan persembahan pentas, malah turut merangkumi aspek penampilan, kreativiti dan konsep yang diketengahkan oleh sesebuah kumpulan.
tersendiri kepadanya sebagai peminat.
Baginya, peluang menyaksikan artis yang selama ini hanya diikuti menerusi skrin telefon dan video persembahan merupakan pengalaman yang sukar dilupakan.

Impian menyaksikan Cortis
Selepas pengalaman bersama ZB1, Izza kini menyimpan impian untuk menghadiri konsert kumpulan Cortis sekiranya mereka mengadakan persembahan di Malaysia pada masa hadapan.
Malah, dia turut mempertimbangkan kemungkinan untuk menyaksikan persembahan kumpulan berkenaan di negara jiran seperti Indonesia, Thailand atau Singapura.
Bagaimanapun, hasrat itu bergantung pada kemampuan kewangannya, terutama kerana dia masih bergelar mahasiswa dan perlu mengutamakan perbelanjaan seharian serta keperluan harian.
Selain menghadiri konsert, Izza turut memiliki beberapa barangan berkaitan artis kegemarannya, termasuk album dan kad foto.
Antara koleksi yang dimilikinya adalah album Melting Point yang diterima sebagai pemberian rakan, selain beberapa kad foto atau photocard yang diberikan oleh kakaknya serta diperoleh secara percuma ketika menghadiri konsert.
Walaupun memiliki barangan tersebut, Izza tidak menganggap dirinya sebagai pengumpul tegar kerana kebanyakan koleksinya diperoleh menerusi pemberian orang terdekat.
Baginya, barangan itu mempunyai nilai sentimental kerana mengingatkannya kepada kumpulan kegemaran serta pengalaman yang pernah dilalui sebagai peminat.
Pengaruh artis K-pop turut mempengaruhi pilihannya terhadap produk tertentu, termasuk pelekap bibir jenama TORRIDEN yang dipromosikan oleh kumpulan Cortis.
Menurutnya, keputusan membeli produk berkenaan bukan semata-mata kerana pengaruh artis kegemaran, tetapi juga disebabkan harganya yang mampu milik serta keberkesanannya selepas digunakan.
Pengalaman Izza memperlihatkan bagaimana minat terhadap K-pop boleh berkembang daripada sekadar mengikuti muzik kepada penghargaan terhadap persembahan, fesyen dan barangan yang berkaitan dengan artis kegemaran.
Pada masa sama, kisahnya menunjukkan bahawa muzik mampu menjadi teman dalam menghadapi kesibukan kehidupan sebagai mahasiswa, selain memberikan pengalaman dan kenangan yang bermakna.
Bagi Izza, selagi minat itu diraikan mengikut kemampuan dan tidak mengganggu tanggungjawab utama sebagai pelajar, K-pop akan terus menjadi antara sumber hiburan yang menceriakan kehidupannya.

Konsert pertama
Pengalaman menghadiri konsert K-pop secara langsung pula menjadi antara kenangan paling bermakna dalam perjalanan Izza sebagai peminat muzik Korea Selatan.
Pada November 2025, dia berpeluang menyaksikan persembahan kumpulan ZB1 di Malaysia selepas sekian lama mengikuti perkembangan kumpulan berkenaan.
Menurutnya, pengalaman itu cukup menyentuh perasaan kerana dia menyedari persembahan tersebut mungkin menjadi peluang pertama dan terakhir untuk menyaksikan kumpulan itu tampil di Malaysia dengan barisan ahli penuh.
“Saya menangis ketika itu kerana tahu ia adalah konsert pertama dan terakhir mereka di Malaysia sebagai ahli penuh.
“Saya berusaha mengumpul duit dan membelinya tanpa berfikir panjang apabila tiket zon berdiri berharga RM800 menjadi satu-satunya pilihan yang tinggal selepas tiket zon tempat duduk berharga RM400 habis dijual,” katanya.
Izza berkata, dia sebenarnya sudah membeli tiket penerbangan lebih awal sebelum berjaya mendapatkan tiket konsert berkenaan.
Keputusan itu menggambarkan kesungguhannya untuk merealisasikan impian menyaksikan persembahan artis kegemaran secara langsung.
Walaupun perlu mengeluarkan perbelanjaan yang agak besar, pengalaman tersebut memberikan kepuasan dalam menghadapi kesibukan kehidupan sebagai mahasiswa, selain memberikan pengalaman dan kenangan yang bermakna.
Bagi Izza, selagi minat itu diraikan mengikut kemampuan dan tidak mengganggu tanggungjawab utama sebagai pelajar, K-pop akan terus menjadi antara sumber hiburan yang menceriakan kehidupannya.






