ARTIKEL

FOTO fail Presiden Indonesia Probowo Subianto. | Bernama

Prabowo berang Indonesia dihina, bakal dedah dalang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

JAKARTA: Presiden Indonesia mengacam keras negara-negara yang suka menghina bangsanya berhubung kebakaran hutan yang telah memusnahkan kawasan yang luas, lalu mengeluarkan jerebu beracun ke negara-negara jiran.

Gergasi Asia Tenggara itu telah bergelut selama berbulan-bulan untuk membendung kebakaran yang menurut Nusantara Atlas, sebuah badan pemantau bebas yang menganalisis data satelit, telah memusnahkan lebih 1.9 juta hektar dalam tempoh sembilan bulan hingga September.

Jerebu tersebut telah menyebabkan tahap pencemaran udara melonjak ke paras berbahaya bukan sahaja di dalam negara tetapi juga di Malaysia, Singapura dan Timor Leste, sekali gus mendorong blok regional ASEAN mengadakan mesyuarat berhubung krisis berkenaan.

“Mengenai setestengah negara yang suka menghina bangsa Indonesia, apabila tiba masanya, kita akan dedahkan syarikat-syarikat yang terlibat,” kata Prabowo dalam mesyuarat kabinet pada hari Rabu, sambil mendakwa bahawa banyak korporat milik tanggungjawab atas krisis itu.

Beliau tidak menyebut sebarang nama atau kewarganegaraan.

Pemimpin negara jiran Indonesia telah menawarkan bantuan sambil mengelak daripada membuat kritikan terbuka pada peringkat diplomatik tertinggi.

Bagaimanapun, dengan kemarahan awam yang semakin meningkat, seorang Ahli Parlimen Malaysia minggu lalu menggesa agar Indonesia dilayan sebagai “orang terbuang” di rantau ini.

“Indonesia ialah sebuah bangsa yang sopan dan bersabar. Negara kita kerap dihina, tetapi percayalah, bangsa kita tidak mahu terus-menerus dihina,” kata Prabowo.

Presiden itu berkata beliau telah meminta siasatan dilakukan ke atas punca kebakaran, yang ditegaskannya bukan berpunca daripada alam semulajadi semata-mata.

Pakar berkata kebakaran hutan di Indonesia sebahagian besarnya berpunca daripada amalan tebang dan bakar bagi pembersihan tanah yang mengakibatkan kemusnahan litupan hutan yang tahan api serta tanah gambut yang dikeringkan.

Pada tahun ini, kebakaran menjadi semakin parah disebabkan oleh kemarau berpanjangan yang dipicu oleh fenomena cuaca El Nino.

“Saya meminta pihak polis, pejabat peguam negara, kementerian kehutanan, dengan sokongan Angkatan Tentera dan perkhidmatan perisikan, untuk menjalankan siasatan,” kata Prabowo.

“Rakyat juga telah menangkap pelbagai individu yang sengaja membakar, ini adalah sesuatu yang boleh kita anggap sebagai keganasan alam sekitar.

Presiden itu, yang memandakan dua tahun memegang jawatan pada Selasa dengan kadar sokongan yang berada pada paras terendah, berkata perbuatan sengaja membakar adalah satu jenayah terhadap kemanusiaan kerana apa yang mereka lakukan membahayakan kesihatan jutaan rakyat kita.

“Sebahak sahaja bukti diperoleh, kami akan membatalkan semua lesen syarikat yang melanggar undang-undang,” tambahnya. – AFP

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Fazura tidak tolak soal jodoh

Pelakon terkenal, Fazura, atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin, mengakui bahawa pelakon Que Haidar merupakan antara lelaki yang paling rapat dengannya ketika ini, sekali gus

Suntikan RM1.4 juta

KUCHING: Projek naik taraf Terminal Penumpang Bako bernilai RM1.4 juta kini mencapai kemajuan 38 peratus, mendahului jadual pelaksanaan sebanyak 8.7 peratus. Pengerusi Lembaga Sungai Sarawak,