ARTIKEL

Li, Mishustin Pengerusikan Mesyuarat Berkala Ke-31 PM China-Rusia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SAINT PETERSBURG: Perdana Menteri China Li Qiang dan rakan sejawatnya dari Rusia, Mikhail Mishustin, bersama-sama mempengerusikan Mesyuarat Berkala ke-31 Perdana Menteri China-Rusia di sini, pada Rabu. 

Li berkata China bersedia untuk terus meningkatkan kerjasama dengan Rusia atas semangat saling menghormati dan saling menguntungkan. 

Beliau turut menekankan kepentingan memperdalam serta memperkukuh kerjasama dalam pelbagai sektor, sekali gus menterjemahkan konsensus penting yang dicapai oleh pemimpin kedua-dua negara kepada tindakan nyata dan hasil yang ketara.

Menurut beliau, langkah itu bakal menyumbang kepada pembangunan kedua-dua negara selain memberikan lebih banyak manfaat kepada rakyat masing-masing.

Sementara itu, Mishustin berkata tahun ini menandakan ulang tahun ke-25 Perjanjian Kejiranan Baik dan Kerjasama Persahabatan China-Rusia.

Sehubungan itu, beliau menyatakan kesediaan Rusia untuk terus memperkukuh kerjasama dengan China dalam pelbagai bidang berlandaskan prinsip saling menguntungkan, saling menghormati dan semangat kejiranan yang baik, selain mempertahankan kepentingan bersama kedua-dua negara.

Selepas mesyuarat berkenaan, Li dan Mishustin menandatangani Kenyataan Bersama Mesyuarat Berkala ke-31 Perdana Menteri China-Rusia. 

Kedua-dua pemimpin turut menyaksikan penandatanganan beberapa dokumen kerjasama merangkumi sektor ekonomi dan perdagangan, penerokaan angkasa lepas, sains dan teknologi serta pendidikan. – BERNAMA-CMG

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

IIKLIN perlu jadi pusat kecemerlangan perpaduan negara

KUALA LUMPUR: Institut Kajian dan Latihan Integrasi Nasional (IKLIN) perlu diperkasa sebagai pusat kecemerlangan dan rujukan nasional dalam bidang perpaduan, integrasi nasional serta pembinaan negara