ARTIKEL

Abdul Karim (empat dari kiri) menyerahkan watikah pelantikan kepada Royston Valentine pada Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi SABERKAS Sarawak Ke-61 di sebuah hotel di sini. (MOHD ALIF NONI)

Ahli SABERKAS berpeluang diketengahkan sebagai calon — Karim

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Penglibatan dalam Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) berpotensi membuka laluan kepada ahlinya untuk diketengahkan sebagai calon pilihan raya.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, pengalaman dalam organisasi itu memberi pendedahan berguna kepada individu yang berpotensi menceburi bidang politik.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi SABERKAS dan penyerahan watikah pelantikan jawatankuasa di sini, hari ini.

Bagaimanapun, Karim menegaskan SABERKAS bukan diwujudkan semata-mata untuk melahirkan calon pilihan raya, sebaliknya memberi tumpuan kepada aktiviti yang dekat dengan masyarakat.

“Tetapi, saya percaya jentera dan pembentukan dalam SABERKAS menjadikannya platform yang sesuai untuk mengenal pasti calon,” katanya.

Dalam perkembangan lain, kelab SABERKAS di institusi pengajian tinggi (IPT) turut berperanan membina kepimpinan dalam kalangan mahasiswa.

Antara IPT yang mempunyai kelab berkenaan ialah Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Swinburne University of Technology dan I-CATS University College.

Karim berharap mahasiswa yang menyertai kelab itu dapat terus menyumbang kepada pembangunan SABERKAS selepas menamatkan pengajian.

Setakat ini, SABERKAS mempunyai 57,928 ahli, termasuk 54,233 ahli biasa, serta 82 cawangan di seluruh Sarawak.

Menurut Karim, cawangan berkenaan diwujudkan berdasarkan sempadan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN), sekali gus memperluas jaringan organisasi itu di seluruh negeri.

/tamat/

BERITA LAIN

Dua pelajar berani bantu guru cedera

KUCHING: Dua pelajar sebuah sekolah swasta di sini menunjukkan keberanian apabila tampil membantu seorang guru wanita yang cedera ketika cuba merampas objek tajam daripada seorang

Mungkin esok pengumuman berkaitan GPS — Karim

KUCHING: Kemungkinan pengumuman berkaitan Gabungan Parti Sarawak (GPS) esok mencetuskan spekulasi mengenai pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, namun Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah

BERITA TERBARU

Dua pelajar berani bantu guru cedera

KUCHING: Dua pelajar sebuah sekolah swasta di sini menunjukkan keberanian apabila tampil membantu seorang guru wanita yang cedera ketika cuba merampas objek tajam daripada seorang