ARTIKEL

Jaguh badminton para negara Cheah Liek Hou. -- Kredit foto: Majlis Sukan Negara (MSN)

Sukan Para Asia 2026: Kecederaan Gagalkan Misi Liek Hou Ke Final Perseorangan SU5

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Hasrat jaguh badminton para negara Cheah Liek Hou untuk melangkah ke final perseorangan lelaki kategori SU5 (kecacatan fizikal) pada Sukan Para Asia Aichi-Nagoya 2026 tidak kesampaian apabila terpaksa menarik diri akibat kecederaan kaki pada aksi separuh akhir hari ini.

Pada perlawanan yang berlangsung di Ichinomiya City Municipal Gymnasium itu, pemenang pingat perak edisi Hangzhou 2022 berkenaan menarik diri ketika ketinggalan 7-11 pada set penentuan menentang wakil China, Li Mingpan.

Liek Hou tewas set pertama 13-21 sebelum bangkit menyamakan kedudukan dengan kemenangan 21-11 pada set kedua.

Bagaimanapun, kecederaan kaki yang dialaminya memaksa pemain berpengalaman itu menamatkan perjuangan dalam acara perseorangan dengan meraih gangsa, sekali gus menyaksikan Mingpan mara ke final.

Walaupun gagal mengulangi pencapaian ke final perseorangan, Liek Hou tetap menutup kempen di temasya itu dengan kejayaan meraih pingat emas acara beregu lelaki SU5 bersama Mohamad Faris Ahmad Azri semalam. – BERNAMA

BERITA LAIN

Real Madrid ledak lapan gol dalam dua aksi

KUCHING: Real Madrid meneruskan rentak cemerlang apabila menewaskan RB Leipzig 4-1 dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) di Stadium Bernabeu, awal pagi tadi, sekali gus

BERITA TERBARU

Mungkin esok pengumuman berkaitan GPS — Karim

KUCHING: Kemungkinan pengumuman berkaitan Gabungan Parti Sarawak (GPS) esok mencetuskan spekulasi mengenai pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, namun Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah

PM puji tindakan pantas Sarawak tangani jerebu serantau

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, memuji tindakan pantas Sarawak menangani jerebu serantau serta komitmen negeri itu melaksanakan inisiatif kelestarian alam sekitar. Pengiktirafan itu