ARTIKEL

HYDRA FT galas cabaran tunggal Bau, intai kejuaraan Piala Datuk Raz

Hydra FT wakil tunggal Serembu di Piala Datuk Razi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Poster rasmi Kejohanan Futsal Terbuka Piala Datuk Razi Edisi Kelapan 2026.

KUCHING: Hydra FT membawa misi mengharumkan nama Serembu, Bau apabila menjadi satu-satunya wakil kawasan itu dalam Kejohanan Futsal Terbuka Piala Datuk Mohamad Razi Edisi Kelapan 2026 di Riveria Sport Centre, Debak, pada 24 hingga 25 Oktober ini.

Pengurus Hydra FT, Allexzandro Juing berkata, penyertaan itu bukan sekadar memburu kemenangan, malah peluang untuk membuktikan kemampuan pemain dari Serembu bersaing di peringkat terbuka.

Menurutnya, disiplin, semangat juang dan kerjasama berpasukan menjadi aspek penting bagi menghadapi saingan peringkat kumpulan.

Beliau berkata, Hydra FT mahu memberikan komitmen terbaik dalam setiap perlawanan, selain berusaha melangkah sejauh mungkin dalam kejohanan itu.

Hydra FT diundi dalam Kumpulan E bersama PFA Odin B, Ajeng United dan Haqi Bangsawan, dengan setiap pasukan bersaing merebut tempat ke pusingan seterusnya.

Kejohanan dua hari anjuran Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Seribas itu melibatkan 23 pasukan dengan penyertaan 230 pemain.

Juara bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000 berserta piala dan pingat, manakala naib juara menerima RM3,000.

Dua pasukan yang berkongsi tempat ketiga masing-masing akan menerima RM1,000 berserta piala dan pingat.

Penganjur turut menyediakan anugerah individu Pemain Terbaik bernilai RM300, manakala Penjaga Gol Terbaik dan Pasukan Semangat Kesukanan masing-masing menerima RM200 berserta piala.

BERITA LAIN

Kejohanan Tinju 101 JAB 2026: 190 petinju bersaing

KUCHING: Kejohanan Tinju Siri (JAB 101 Amatur) 2026 bermula esok (Jumaat) hingga Sabtu menyaksikan penyertaan seramai 190 petinju. Pengerusi kejohanan, Zurkarnain Majidi berkata, kejohanan dua

BERITA TERBARU

SNF26 satukan warisan Melanau dan Jawa

MUKAH: Warisan Melanau dan Jawa bakal diketengahkan menerusi Festival Saga Nusantara 2026 (SNF26) yang julung kali dianjurkan di Mukah dari 21 hingga 25 Oktober ini,