ARTIKEL

SNF26 satukan warisan Melanau dan Jawa

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUKAH: Warisan Melanau dan Jawa bakal diketengahkan menerusi Festival Saga Nusantara 2026 (SNF26) yang julung kali dianjurkan di Mukah dari 21 hingga 25 Oktober ini, dengan persembahan artis Indonesia, Alffy Rev, Novia Bachmid dan Farhad sebagai tarikan utama.

Penyelaras SNF26, Nur Faydyzah Abdul Aziz berkata, festival bertemakan ‘Warisan Bertemu Warisan: Melanau x Jawa’ itu bertujuan menggalakkan pertukaran budaya antara masyarakat Melanau di Sarawak dan masyarakat Jawa di Indonesia menerusi seni, muzik, tarian serta tradisi.

Beliau berkata demikian pada sidang media SNF26 di Petanak Beach Chalet and Cafe (PBCC), di sini, hari ini.

Mukah dipilih sebagai lokasi penganjuran kerana kekayaan budaya, tradisi dan kisah warisannya wajar diketengahkan kepada masyarakat lebih luas.

Faydyzah (tengah) bersama Alffy (kiri) dan Farhad (kanan) pada sidang media SNF26, hari ini.

Pengunjung boleh menghadiri festival secara percuma pada 21 hingga 23 Oktober serta 25 Oktober menerusi pendaftaran di Ticket2U, tertakluk kepada kapasiti sesi. Pada 24 Oktober, tiga pilihan pas berbayar ditawarkan pada harga bermula RM85.

Pas siang dan Patehan berharga RM85 merangkumi akses ke sesi siang, pengalaman Patehan Diraja Nusantara, jamuan tengah hari Santapan Nusantara serta persembahan langsung Novia Bachmid.

Pas malam berharga RM88 pula merangkumi akses ke Malam Persembahan Budaya Nusantara, persembahan Alffy Rev bersama-sama Novia Bachmid dan Farhad serta kawasan festival bagi sesi malam.

Bagi pengunjung yang mahu menikmati keseluruhan program pada hari berkenaan, pas Gemilang Nusantara ditawarkan pada harga RM145.

Pas itu merangkumi program siang, pengalaman Patehan Diraja Nusantara, jamuan tengah hari, persembahan Novia Bachmid serta persembahan malam dan akses ke seluruh kawasan festival sepanjang 24 Oktober.

Tiket berbayar dan pendaftaran percuma boleh dibuat menerusi laman web Ticket2U.com.my.

Sementara itu, penyertaan dalam bengkel membatik dan menganyam memerlukan pendaftaran berasingan serta tidak termasuk secara automatik dalam pembelian tiket bagi 24 Oktober.

BERITA LAIN

BKK RM700 Ringankan Beban Penjawat Awam Persekutuan

KUCHING: Pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak RM700 oleh kerajaan Sarawak disifatkan sebagai penghargaan ke atas usaha dan pengorbanan penjawat awam Persekutuan, termasuk guru serta

BERITA TERBARU