ARTIKEL

BKK RM700 Ringankan Beban Penjawat Awam Persekutuan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak RM700 oleh kerajaan Sarawak disifatkan sebagai penghargaan ke atas usaha dan pengorbanan penjawat awam Persekutuan, termasuk guru serta pesara.

Presiden Kesatuan Guru Sarawak (STU), Kullin Djayang berkata, bantuan itu mencerminkan keprihatinan kerajaan negeri yang diterajui Premier Sarawak dengan kebajikan penjawat awam Persekutuan di negeri ini.

Beliau mewakili guru, penjawat awam persekutuan lain di bawah keluarga CUEPACS Sarawak serta pesara Persekutuan merakamkan penghargaan kepada kerajaan negeri atas pemberian bantuan berkenaan.

“Pemberian BKK ini sedikit banyak dapat membantu meringankan beban perbelanjaan harian, khasnya bagi keluarga besar dan ramai anak yang sedang bersekolah serta belajar di IPT,” katanya dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, beliau berharap inisiatif berkenaan dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai tanda penghargaan berterusan kerajaan negeri terhadap sumbangan penjawat awam persekutuan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU