ARTIKEL

Dr. Sim beri bayangan pertahan kerusi DUN Batu Kawa

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian memberi bayangan akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Kawa pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak akan datang, selagi khidmatnya masih diperlukan penduduk kawasan itu.

Timbalan Premier itu berkata, beliau tidak mempunyai sebab untuk meninggalkan Batu Kawa, terutama selepas pelbagai projek pembangunan dilaksanakan bagi meningkatkan kemudahan infrastruktur dan kesejahteraan penduduk sepanjang sedekad lalu.

“Saya sentiasa bertanya kepada penduduk, adakah Batu Kawa hari ini lebih baik berbanding 10 tahun lalu?

Dalam tempoh lima tahun akan datang, adakah mereka mahu Batu Kawa menjadi lebih baik daripada sekarang?” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui wartawan selepas melawat projek Rancangan Tebatan Banjir di Skim Penempatan Semula Stampin, Jalan Stampin Baru, di sini, hari ini.

Tambahnya, antara perubahan ketara di Batu Kawa ialah peningkatan jaringan jalan raya dan akses perhubungan, termasuk pembinaan jalan lingkaran serta laluan baharu menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching.

Dalam masa yang sama, beliau menegaskan pelaksanaan projek pembangunan tidak mempunyai kaitan dengan pilihan raya kerana usaha menaik taraf kemudahan awam dilaksanakan secara berterusan tanpa mengira musim politik.

“Projek pembangunan seperti itu memerlukan perancangan, pengambilan tanah dan penyelarasan teknikal sebelum dapat dilaksanakan.

“Tidak wajar dinilai berdasarkan tempoh menjelang pilihan raya semata-mata. Pilihan raya atau tidak, kita tetap melaksanakan pembangunan.

“Selepas lima atau 10 tahun, kita dapat melihat perubahan hasil daripada projek yang dijalankan secara berperingkat,” jelasnya.

Ujarnya, dalam tempoh lima tahun pertama, peruntukan pembangunan yang diterima untuk kawasannya adalah sekitar RM300 juta, manakala bagi lima tahun berikutnya meningkat kepada sekitar RM900 juta.

Beliau turut menegaskan keutamaan kerajaan ialah memastikan kemajuan yang dicapai dapat diteruskan bagi memenuhi keperluan penduduk yang semakin berkembang.

Sementara itu, berkaitan kemungkinan DUN Sarawak dibubarkan dalam masa terdekat, beliau berkata tidak mengetahui perincian tersebut kerana Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg belum membuat sebarang pengumuman rasmi.

BERITA LAIN

Kurangkan risiko banjir kilat

KUCHING: Lebih 9,000 penduduk Skim Penempatan Semula Stampin bakal mendapat manfaat daripada projek tebatan banjir fasa pertama bernilai RM87.96 juta yang dilaksanakan bagi mengurangkan kejadian

BERITA TERBARU

Kurangkan risiko banjir kilat

KUCHING: Lebih 9,000 penduduk Skim Penempatan Semula Stampin bakal mendapat manfaat daripada projek tebatan banjir fasa pertama bernilai RM87.96 juta yang dilaksanakan bagi mengurangkan kejadian