ARTIKEL

Tan Sri Sulong Matjarie berucap pada Persidangan Antarabangsa Perluasan Skop Pluralisme Undang-Undang 2026. | Foto Ghazali Bujang.

Pendidikan undang-undang UNIMAS pelihara identiti perundangan Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) berhasrat untuk membangunkan kepakaran perundangan yang mendasar kepada undang-undang, sejarah, dan identiti unik Sarawak menerusi Fakulti Undang-Undangnya.

Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Tan Sri Sulong Matjaraie berkata, perkara ini selari dengan visi Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dengan pendidikan perundangan di Sarawak.

Beliau berkata, visi tersebut adalah untuk membangunkan sebuah sekolah undang-undang awam butik yang menyediakan pelajar bagi amalan perundangan dan menerapkan tradisi perundangan tersendiri Sarawak.

Beliau berkata demikian dalam ucapan alu-aluannya pada Persidangan Antarabangsa Perluasan Skop Pluralisme Undang-Undang 2026 di Auditorium Yayasan Kebudayaan Dayak (DCF), di sini hari ini.

Sulong berkata, landskap perundangan Sarawak merangkumi undang-undang perlembagaan dan statut, adat pribumi, sistem pengetahuan tradisional, serta kerangka perundangan yang lain.

Beliau berkata, persidangan sulung ini menyediakan platform antarabangsa untuk meneliti bagaimana sistem-sistem undang-undang yang berbeza ini saling berinteraksi dan wujud bersama.

Perbincangan tersebut turut merangkumi tadbir urus alam sekitar, pengurusan tanah dan sumber, undang-undang agama, hak asasi manusia, serta persoalan keadilan kontemporari.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU