ARTIKEL

Pemodenan undang-undang adat perlu kekalkan tradisi, prinsip keadilan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pemodenan undang-undang adat bumiputera Sarawak perlu seiring dengan usaha memelihara tradisi dan prinsip keadilan masyarakat peribumi agar kekal relevan dalam menghadapi perubahan sosioekonomi.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, adat menjadi panduan kehidupan masyarakat bumiputera sejak bergenerasi, termasuk dalam menguruskan hubungan sosial, menyelesaikan pertikaian serta mengawal selia penggunaan tanah dan sumber.

Datuk Amar Douglas Uggah Embas merasmikan Persidangan Antarabangsa Perluasan Skop Pluralisme Undang-Undang 2026. | Foto Ghazali Bujang

Katanya, adat turut memainkan peranan penting dalam mengekalkan ketenteraman sosial dan menjadi sebahagian daripada sistem kehidupan masyarakat peribumi di negeri ini.

“Pendekatan kita tidak boleh sekadar mengekalkan adat sebagai sesuatu dari masa lampau. Kita mesti memastikan ia kekal sebagai satu sistem yang hidup.

“Pada masa yang sama, pentadbiran adat mestilah adil, profesional, mudah dicapai dan mampu menangani cabaran kontemporari,” katanya berucap merasmikan Persidangan Antarabangsa Perluasan Skop Pluralisme Undang-Undang 2026 di Auditorium Yayasan Kebudayaan Dayak (DCF), di sini, hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Sehubungan itu, katanya, Kerajaan Sarawak berusaha memperkasakan dan mentransformasikan Mahkamah Bumiputera bagi memastikan institusi berkenaan terus berperanan secara berkesan dalam pentadbiran undang-undang dan adat bumiputera.

Menurutnya, kajian komprehensif dimulakan beberapa tahun lalu bagi meneliti penstrukturan semula dan penaiktarafan Mahkamah Bumiputera, meliputi struktur organisasi, operasi, pengurusan, bidang kuasa serta kerangka undang-undang yang mengawalnya.

Beliau berkata, kajian berkenaan turut menghasilkan Pelan Induk Penstrukturan Semula dan Menaik Taraf Mahkamah Bumiputera Sarawak, yang mencerminkan komitmen kerajaan negeri dengan pemerkasaan sistem keadilan bumiputera.

Bagaimanapun, katanya, usaha pembaharuan itu perlu dilaksanakan secara berhati-hati bagi memastikan sistem yang dibangunkan praktikal, sah di sisi undang-undang dan responsif dengan keperluan masyarakat bumiputera.

BERITA LAIN

Jangan salah guna media sosial

MEDIA sosial kini menjadi bahagian penting dalam kehidupan masyarakat moden. Platform seperti Facebook, TikTok, Instagram, YouTube, WhatsApp dan X membolehkan orang ramai berkomunikasi, berkongsi maklumat,

Jangan sebar video, elak tambah trauma mangsa

KUCHING: Penyebaran video dan gambar insiden keganasan di sekolah secara meluas dibimbangi mendorong individu lain meniru perbuatan tersebut, sekali gus meningkatkan risiko kejadian seumpama berulang.

BERITA TERBARU

Jangan salah guna media sosial

MEDIA sosial kini menjadi bahagian penting dalam kehidupan masyarakat moden. Platform seperti Facebook, TikTok, Instagram, YouTube, WhatsApp dan X membolehkan orang ramai berkomunikasi, berkongsi maklumat,