ARTIKEL

Beregu lelaki negara Aaron Chia dan Soh Wooi Yik | Bernama

Terbuka Perancis: Aaron-Wooi Yik, Pearly-Thinaah mudah lepasi halangan awal

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Beregu lelaki utama negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik mudah melepasi halangan awal untuk mara ke pusingan kedua Terbuka Perancis 2026 di Arena Grand Paris awal pagi tadi.

Pilihan keempat kejohanan itu hanya memerlukan 37 minit untuk menyingkirkan wakil China He Ji Ting-Ren Xiang Yu straight set 21-15, 21-19.

Menanti mereka pada pusingan kedua melibatkan gandingan Thailand Peeratchai Sukphun-Pakkapon Teeraratsakul yang terdahulu menyingkirkan satu lagi pasangan negara Nur Mohd Azriyn Ayub-Tan Wee Kiong 19-21, 21-10, 21-19.

Satu lagi gandingan beregu lelaki negara Man Wei Chong-Tee Kai Wun juga melangkah ke pusingan 16 terbaik itu selepas bangkit daripada ketinggalan set pertama 18-21 untuk menewaskan beregu Jepun Kakeru Kumagai-Hiroki Nishi 21-15, 21-17.

Pasangan Malaysia itu akan berdepan pilihan kelapan kejohanan dari Jepun Takuro Hoki-Yugo Kobayashi.

Sementara itu, beregu wanita negara Pearly Tan-M.Thinaah mengesahkan pertembungan bertemu rakan senegara Ong Xin Yee-Carmen Ting pada pusingan kedua, selepas berjaya menewaskan gandingan Turkiye Bengisu Ercetin-Nazlıcan Inci 21-11, 21-15. — Bernama

BERITA LAIN

Kejohanan Tinju 101 JAB 2026: 190 petinju bersaing

KUCHING: Kejohanan Tinju Siri (JAB 101 Amatur) 2026 bermula esok (Jumaat) hingga Sabtu menyaksikan penyertaan seramai 190 petinju. Pengerusi kejohanan, Zurkarnain Majidi berkata, kejohanan dua

BERITA TERBARU

Jangan salah guna media sosial

MEDIA sosial kini menjadi bahagian penting dalam kehidupan masyarakat moden. Platform seperti Facebook, TikTok, Instagram, YouTube, WhatsApp dan X membolehkan orang ramai berkomunikasi, berkongsi maklumat,