ARTIKEL

AKAN BERLANGSUNG... Eduwan Juni (kanan sekali) dan yang lain selepas ditemui media.

32 Pasukan Berentap Buru Kejuaraan Karnival Futsal Sadong Jaya

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SADONG JAYA: Sebanyak 32 pasukan akan berentap bagi memburu kejuaraan pada Karnival Futsal Antara Ranting Sadong Jaya 2026.

Pengerusi Karnival, Eduwan Juni memberitahu, karnival berkenaan dijadual berlangsung dari 31 Oktober hingga 1 November depan bertempat di padang futsal Kampung Sadong Jaya Ulu.

Menurut Eduwan, pasukan yang turut serta pada karnival itu melibatkan Ranting DUN N.24 Sadong Jaya.

“Karnival dua hari itu dianjurkan oleh Pemuda Armada N.24 Sadong Jaya dengan kerjasama Pusat Khidmat N.24 Sadong Jaya,” ujar Eduwan ketika ditemui Arena Suara Sarawak semalam.

Katanya, format karnival secara liga peringkat kumpulan untuk pusingan awal dan dua pasukan terbaik layak ke peringkat kalah singkir yang mencakupi suku akhir dan separuh akhir.

Beliau menambah, hadiah menarik disediakan untuk kelompok empat terbaik.

Juara akan membawa pulang wang tunai RM700 beserta piala. Naib juara pula akan menerima wang tunai RM500.

Pasukan yang menduduki tempat ketiga pula akan menerima wang tunai RM300.

Manakala, wang tunai RM200, piala dan pingat untuk pasukan yang menduduki tempat keempat.

Dalam pada itu, Eduwan memberitahu, pihaknya juga akan menganjur sama Kejohanan Futsal Tertutup Bawah 12 Tahun yang hanya melibatkan lapan pasukan yang juga khas dari kawasan DUN N.24 Sadong Jaya.

Penganjuran kejohanan peringkat umur terbabit yang sebagai pengisian untuk program tambahan pada hari kejohanan itu kelak dan ia akan berlangsung di gelanggang sama pada 1 November.

Hadiah wang tunai RM300, RM200 untuk pasukan yang muncul juara serta naib juara.

Sementara itu, pasukan yang menduduki tempat ketiga dan keempat masing-masing akan menerima wang tunai RM150.

BERITA LAIN

Jangan sebar video, elak tambah trauma mangsa

KUCHING: Penyebaran video dan gambar insiden keganasan di sekolah secara meluas dibimbangi mendorong individu lain meniru perbuatan tersebut, sekali gus meningkatkan risiko kejadian seumpama berulang.

BERITA TERBARU

Jangan sebar video, elak tambah trauma mangsa

KUCHING: Penyebaran video dan gambar insiden keganasan di sekolah secara meluas dibimbangi mendorong individu lain meniru perbuatan tersebut, sekali gus meningkatkan risiko kejadian seumpama berulang.