ARTIKEL

Seramai 20 wanita Indonesia antara 23 ditahan dalam serbuan bilik sewa.

23 Individu Ditahan Dalam Ops Gegar, Ops Sapu Di Bintulu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Seramai 23 individu termasuk 20 wanita warga Indonesia ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sarawak dalam serbuan di empat lokasi bilik sewa di atas premis kedai sekitar Bintulu semalam.

Menurut JIM Sarawak, tiga lagi individu yang ditahan ialah lelaki warga Indonesia, menjadikan jumlah keseluruhan tangkapan sebanyak 23 orang daripada 40 individu yang diperiksa sepanjang operasi berkenaan.

“Kesemua mereka ditahan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) serta Peraturan 39(b), Peraturan-Peraturan Imigresen 1963,” katanya dalam kenyataan.

Seramai 20 wanita Indonesia antara 23 ditahan dalam serbuan bilik sewa.

Jabatan itu memaklumkan bahawa semua tahanan dihantar ke Depot Imigresen Bekenu bagi tujuan siasatan dan tindakan lanjut mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

Kata kenyataan itu, operasi yang dilaksanakan menerusi Ops Gegar dan Ops Sapu itu membabitkan 14 pegawai dari Pejabat Imigresen Bahagian Bintulu, dengan tumpuan pemeriksaan warga asing serta pematuhan undang-undang imigresen.

Menurut JIM Sarawak, tindakan penguatkuasaan tersebut merupakan sebahagian daripada usaha berterusan membanteras pelanggaran undang-undang imigresen, selain memperkukuh kawalan dan pemantauan keberadaan warga asing di negeri ini.

Jabatan itu turut menegaskan operasi penguatkuasaan akan terus dipergiat bagi memastikan undang-undang imigresen dipatuhi serta memelihara keselamatan dan ketenteraman awam.

“Orang ramai diseru memberikan kerjasama dengan menyalurkan maklumat berkaitan pelanggaran undang-undang imigresen kepada pihak berkuasa,” jelas kenyataan itu.

BERITA LAIN

Jangan sebar video, elak tambah trauma mangsa

KUCHING: Penyebaran video dan gambar insiden keganasan di sekolah secara meluas dibimbangi mendorong individu lain meniru perbuatan tersebut, sekali gus meningkatkan risiko kejadian seumpama berulang.

BERITA TERBARU

Jangan sebar video, elak tambah trauma mangsa

KUCHING: Penyebaran video dan gambar insiden keganasan di sekolah secara meluas dibimbangi mendorong individu lain meniru perbuatan tersebut, sekali gus meningkatkan risiko kejadian seumpama berulang.