ARTIKEL

Dr. Kelvin Yii Lee Wuen

Jangan sebar video, elak tambah trauma mangsa

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Penyebaran video dan gambar insiden keganasan di sekolah secara meluas dibimbangi mendorong individu lain meniru perbuatan tersebut, sekali gus meningkatkan risiko kejadian seumpama berulang.

Ahli Parlimen Bandar Kuching, Dr. Kelvin Yii Lee Wuen berkata, kebimbangan itu timbul susulan insiden seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun yang didakwa mencederakan seorang guru wanita menggunakan objek tajam di sebuah sekolah swasta di sini, semalam.

Beliau yang juga Penasihat Khas Menteri Kesihatan berkata, pendedahan golongan muda dengan pengaruh negatif di Internet dan media sosial turut menimbulkan persoalan berkaitan tahap keselamatan persekitaran sekolah.

“Orang ramai diminta supaya tidak menyebarkan rakaman kejadian berkenaan kerana tindakan tersebut boleh menambahkan penderitaan mangsa serta keluarga, khususnya apabila insiden itu melibatkan individu bawah umur,” katanya.

Ketika membangkitkan perkara itu di Dewan Rakyat, beliau turut menggesa supaya prosedur operasi standard (SOP) keselamatan sekolah yang jelas dan berkesan diwujudkan, selain latihan sewajarnya diberikan kepada pihak sekolah bagi menghadapi sebarang ancaman keganasan.

Menurutnya, langkah pencegahan dan tindakan ketika kecemasan perlu diberi perhatian bagi memastikan guru serta murid dapat menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam persekitaran selamat.

Beliau turut menekankan keperluan menyediakan sokongan kesihatan mental kepada semua pihak yang terlibat, termasuk bantuan psikologi kepada mangsa bagi membantu mereka pulih daripada trauma.

Beliau menegaskan bahawa keselamatan sekolah merupakan tanggungjawab bersama kerajaan, pihak sekolah, ibu bapa dan masyarakat bagi memastikan setiap kanak-kanak dapat belajar dan membesar dalam persekitaran yang selamat.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU