ARTIKEL

BERCAKAP... Abang Johari semasa Majlis GPS Backbenchers Night di Hotel Sheraton | Mohd Alif Noni

Abang Johari terus berteka-teki tarikh pembubaran DUN

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg terus mengunci mulut berkaitan tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) yang seterusnya membuka ruang kepada pelaksanaan pilihan raya negeri (PRN) ke-13.

Menurutnya, beliau sendiri masih belum mengetahui tarikh pembubaran DUN Sarawak, meskipun pelbagai spekulasi tarikh itu tersebar.

“Sampai sekarang pun saya masih belum tahu bilakah tarikh pembubaran DUN.

Bagaimanapun, tempoh memang sehingga Februari 2027,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap semasa Majlis Gabungan Parti Sarawak (GPS) Backbenchers Night di Hotel Sheraton, di sini, pada Rabu.

Sehubungan itu, beliau memberi jaminan bahawa perjuangan memakmurkan Sarawak terus menjadi keutamaan Kerajaan GPS demi manfaat generasi masa hadapan.

Beliau merangkap Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) itu menambah, Sarawak merupakan rumah kepada setiap penduduknya.

“Ini rumah kita, jadi kita membina rumah ini supaya penghuninya sentiasa hidup dalam keadaan aman dan damai.

“Kita berharap agar semua dikurniakan umur yang panjang agar dapat menyaksikan segala pembangunan dan kemajuan yang bakal dikecapi negeri ini kelak,” katanya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Artis veteran hidupkan nostalgia muzik Sarawak

KONSERT Mini Bersama Artis Veteran 2026 menghimpunkan barisan penyanyi dan penghibur berpengalaman bagi mengimbau nostalgia kegemilangan industri muzik Sarawak, sekali gus mengetengahkan keunikan muzik tempatan