ARTIKEL

JPJ Sarawak sita 12 kenderaan dalam Ops Khas Motosikal di Kuching

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sebanyak 824 kenderaan pelbagai jenis diperiksa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak dalam Ops Khas Motosikal di Jalan Dato Haji Daud Abdul Rahman, di sini, semalam.

Operasi yang dilaksanakan Unit Operasi JPJ Kuching itu turut menyaksikan 12 kenderaan disita atas pelbagai kesalahan mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

Menurut kenyataan JPJ Sarawak, pemeriksaan berkenaan dijalankan bagi meningkatkan tahap pematuhan pengguna jalan raya dengan undang-undang dan peraturan pengangkutan jalan.

SITA…Antara kenderaan yang disita dalam Ops Khas Motosikal di Jalan Dato Haji Daud Abdul Rahman, di sini, semalam.

“Antara kesalahan yang dikesan ialah lesen memandu tamat tempoh, tidak memakai tali pinggang keledar, nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi serta pelbagai kesalahan teknikal kenderaan,” menurut kenyataan itu.

Daripada 12 kenderaan yang disita, sebanyak 11 kenderaan terdiri daripada 10 motosikal dan sebuah motokar yang didapati melakukan kesalahan berkaitan Lesen Kenderaan Motor (LKM) serta perlindungan insurans tamat tempoh.

Berdasarkan laporan kenyataan itu, sebuah lagi motosikal turut disita selepas didapati melakukan pengubahsuaian ekstrem yang melanggar peraturan ditetapkan.

JPJ Sarawak memaklumkan tindakan penguatkuasaan dilaksanakan mengikut peruntukan undang-undang sedia ada, manakala operasi seumpama itu akan diteruskan bagi memastikan pematuhan pengguna jalan raya.

Sehubungan itu, pengguna jalan raya dinasihatkan supaya memastikan lesen memandu, LKM dan perlindungan insurans sentiasa sah, selain mematuhi spesifikasi nombor pendaftaran serta mengelakkan pengubahsuaian kenderaan yang menyalahi undang-undang.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Elak beli emas ikut emosi

Kenaikan harga emas di pasaran dunia bukan sahaja menarik perhatian pelabur berpengalaman, malah mendorong ramai orang, khususnya golongan muda menjadikan logam berharga itu sebagai instrumen