ARTIKEL

Gambar Hiasan

Pelajar kolej didakwa pukul pengawal, ugut bakar rumah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang pelajar kolej swasta berusia 24 tahun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas dua pertuduhan memukul seorang pengawal keselamatan dan mengugut membakar rumah lelaki itu.

Pengakuan itu dibuat selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Leona Dominic Mojiliu.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa menumbuk muka dan dada pengawal keselamatan berusia 20 tahun, mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa mengugut membakar rumah mangsa sekiranya lelaki itu membuat laporan polis terhadapnya, mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Kedua-dua kesalahan itu didakwa berlaku di tangga sebuah asrama kolej di Batu Kawa, kira-kira jam 4 pagi, 20 Oktober lalu.

Menurut fakta kes, kejadian bermula apabila pengawal keselamatan meminta tertuduh mencatatkan nama dalam buku rekod keluar masuk asrama ketika pulang selepas dipercayai mengambil minuman beralkohol.

Permintaan itu mencetuskan pertengkaran sebelum tertuduh didakwa bertindak agresif dengan menumbuk muka dan dada mangsa serta mengugut membakar rumahnya sekiranya laporan polis dibuat.

Mahkamah menetapkan 5 November ini untuk sebutan semula kes dan membenarkan tertuduh diikat jamin RM1,000 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Fauzulutfi Suriani, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

BERITA LAIN

SNF26 satukan warisan Melanau dan Jawa

MUKAH: Warisan Melanau dan Jawa bakal diketengahkan menerusi Festival Saga Nusantara 2026 (SNF26) yang julung kali dianjurkan di Mukah dari 21 hingga 25 Oktober ini,

BERITA TERBARU

SNF26 satukan warisan Melanau dan Jawa

MUKAH: Warisan Melanau dan Jawa bakal diketengahkan menerusi Festival Saga Nusantara 2026 (SNF26) yang julung kali dianjurkan di Mukah dari 21 hingga 25 Oktober ini,