ARTIKEL

Abdul Wahab menyampaikan ijazah kepada salah seorang graduan semasa Istiadat Konvokesyen UiTM ke-104 bagi sidang pertama di Dewan Jubli UiTM Cawangan Sarawak

Kadar Kebolehpasaran Graduan UiTM Cecah 94.6 Peratus

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA SAMARAHAN: Seramai 1,078 graduan dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sarawak diraikan susulan kejayaan menamatkan pengajian masing-masing dalam pelbagai bidang.

Graduan menamatkan pengajian dalam 37 program yang ditawarkan di pelbagai fakulti, meliputi 25 program peringkat diploma dan 12 program ijazah sarjana muda.

Pro-Canselor UiTM Datuk Abdul Wahab Aziz berkata, sidang pertama menyaksikan penganugerahan ijazah sarjana muda dan diploma kepada seramai 273 graduan dari Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, Fakulti Sukan dan Rekreasi serta Akademi Pengajian Islam Kontemporari.

“Tahniah diucapkan kepada para graduan kerana berjaya menamatkan pengajian masing-masing. Usaha, pengorbanan, ketekunan dan komitmen yang diberikan membuahkan hasil yang bermakna.

“Syabas juga kepada ibu bapa, keluarga, pensyarah dan pihak pentadbiran universiti kerana bersama-sama memainkan peranan dalam melahirkan insan terbilang dan generasi berilmu demi masa depan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan Istiadat Konvokesyen UiTM ke-104 bagi sidang pertama di Dewan Jubli UiTM Cawangan Sarawak di sini, hari ini.

Menurutnya, UiTM sentiasa berusaha melahirkan graduan yang kompeten, berdaya saing dan relevan dengan keperluan semasa sebagai institusi pendidikan tinggi (IPT) yang berteraskan kecemerlangan.

Bahkan tambahnya, UiTM juga terus memperkukuh kebolehpasaran graduan melalui jalinan strategik dengan industri dan agensi terkemuka.

“Segala usaha ini membuahkan hasil apabila Laporan Kadar Bekerja Graduan UiTM 2025 mencatatkan 94.5 peratus, manakala Kadar Kebolehpasaran Graduan berada pada tahap 94.6 peratus,” jelasnya.

Ini sekali gus mengangkat martabat UiTM apabila diiktiraf sebagai Universiti Pilihan Majikan oleh Talentbank.

“Syabas dan tahniah diucapkan kepada seluruh warga UiTM atas pencapaian gemilang ini,” ringkasnya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Rakyat protes dasar berat sebelah

BANGKOK: Ratusan penunjuk perasaan berhimpun berhampiran Pusat Konvensyen Nasional Queen Sirikit (QSNCC) pada Khamis bagi membantah dasar Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia yang

Geran pemula bantu usahawan muda Sarawak

KUCHING: Usahawan belia di Sarawak berpeluang memohon geran sehingga RM15,000 menerusi Geran SYStartUP bagi membantu menampung kos permulaan dan pembangunan perniagaan masing-masing. Timbalan Menteri Belia,