ARTIKEL

Kadar perkahwinan dalam kalangan masyarakat moden semakin merosot

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

MIRI: Masyarakat di zaman moden semakin kompleks apabila berdepan dengan isu kemerosotan kadar perkahwinan.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia Datuk Seri Nancy Shukri berkata, kewujudan isu tersebut adalah berkemungkinan besar berpunca daripada masyarakat itu sendiri yang kini semakin menerima pelbagai bentuk dan alternatif kepada perkahwinan.

“Isu ini berlaku ekoran perubahan dalam norma sosial yang suatu ketika dahulu pernah menjadi faktor yang mempengaruhi pembentukan keluarga.

“Antaranya adalah peningkatan dari segi kadar perceraian, peningkatan kadar kelahiran anak tidak sah taraf, bersekedudukan sebelum berkahwin dan juga tidak terkecuali iaitu kesan daripada wanita keluar bekerja.

“Kesan-kesan ini sudah lama kelihatan di Barat dan kita sekarang sedaya upaya mencuba untuk mengekang ia daripada turut berlaku di Sarawak terutamanya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapan sempena perasmian Simposium Kaunseling Kekeluargaan (SKK) Peringkat Kebangsaan 2023 yang dibacakan oleh Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Abdul Shukur Abdullah.

Dalam pada itu, beliau turut memberi penekanan bahawa usaha keras masyarakat daripada mencegah isu ini daripada berlaku adalah perlu agar ia tidak memudaratkan kualiti hidup rakyat serta keluarga mereka.

“Ini dapat dicapai melalui program dan intervensi berterusan yang memberi kesedaran, pengetahuan dan kemahiran kepada semua lapisan masyarakat bagi membekalkan kepada kita semua daya tindak yang bersesuaian bagi menghadapi dan menangani segala cabaran yang mendatang.

“Sementara itu, masyarakat moden pada masa kini juga memerlukan khidmat kaunselor yang berdedikasi, empati, mempunyai semangat dan minat menolong yang mendalam selain beramanah dan berilmu pengetahuan dalam ilmu kemanusiaan,” katanya.

Pada masa yang sama, Nancy turut menyatakan hasratnya untuk melihat masyarakat pada masa kini mendekati dan menghayati ajaran Islam dalam kehidupan.

“Syariat Islam yang termaktub di dalam Quran yang dilengkapi dengan Sunnah Rasulullah SAW merupakan bekalan ampuh buat kita dari zaman berzaman.

“Al-Quran dan Sunnah juga adalah sumber rujukan utama kita dan adalah menjadi tanggungjawab kita untuk mendalami dan mempraktikkannya bagi menjamin keselamatan dunia akhirat.

“Apa yang kita mahu adalah bagi mewujudkan sebuah negara yang maju dan makmur dengan rakyatnya yang mempunyai kesihatan mental yang optimum, sistem kekeluargaan yang sihat dan berkualiti, memiliki hubungan kekeluargaan yang kukuh yang mampu menjadi pelindung serta penyokong kepada setiap ahli di dalamnya,” tegasnya.

Justeru itu, beliau amat berharap agar program ini (SKK) dapat membantu mengembangkan lagi jaringan kerjasama antara kaunselor dan masyarakat serta memantapkan lagi perkhidmatan dari semasa ke semasa bagi mencapai matlamat ‘Malaysia yang Sejahtera’ pada abad ke-21.

SKK Peringkat Kebangsaan 2023 merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Majlis Islam Sarawak sempena Sambutan 60 Tahun Sarawak Merdeka dan ia bertujuan bagi memberi pendedahan kepada orang ramai untuk mengukuhkan lagi institusi perkahwinan dan kekeluargaan

Abdul Shukur menerima cenderahati daripada Majlis Islam Sarawak

LAIN-LAIN BERITA

BERITA TERBARU

Meruked lancar muzik video baharu

KUMPULAN muzik tempatan Meruked melancarkan single dan muzik video terbaharu mereka berjudul Kining Posah pada Jumaat ini.  Menurut vokalis, Syed Ashraf Edruce, Kining Posah bermaksud

Tarikan ekopelancongan burung walit

AKTIVITI EKONOMI dan keusahawanan penduduk kampung mampu dibangun dan diperkasa melalui pembangunan Projek Ekopelancongan Burung Walit Kampung Merembeh. Projek tersebut membuka peluang pekerjaan baharu dan