ARTIKEL

BERCAKAP... Dr. Abdul Rahman berucap pada Majlis Penyampaian Sumbangan MIS Kepada Masjid, Surau dan Tanah Perkuburan Islam Tahun 2026M/1447H di Dewan Kompleks Islam Sarawak. GHAZALI BUJANG

Kadar zakat fitrah Sarawak kekal RM7.50 seorang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kadar zakat fitrah di Sarawak bagi tahun 1447H ditetapkan pada RM7.50 seorang, sama seperti tahun lalu, kata Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Penyelaras Projek untuk Agensi Pembangunan Wilayah, Dewan Bandaraya Kuching Utara dan Hal Ehwal Islam) itu berkata, zakat bukan sahaja berperanan mensucikan jiwa, malah memastikan kebajikan golongan asnaf dan mereka yang memerlukan bantuan terus terpelihara agar dapat menyambut Aidilfitri dengan lebih sempurna.

“Justeru, umat Islam diseru agar menunaikan kewajipan masing-masing dengan sebaiknya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaian Sumbangan Majlis Islam Sarawak (MIS) kepada masjid, surau dan tanah perkuburan Islam Tahun 2026M/1447H di Dewan Kompleks Islam Sarawak, di sini, hari ini.

Sehubungan itu, beliau menegaskan orang ramai yang ingin membuat pembayaran zakat supaya menyalurkannya melalui saluran yang betul dan sah.

“Pembayaran zakat fitrah perlu disalurkan melalui saluran yang sah dan diiktiraf oleh Majlis Islam Sarawak (MIS),” tegasnya.

Sementara itu, umat Islam di Malaysia dijangka memulakan ibadah puasa sempena bulan Ramadan pada 18 Februari 2026 (Rabu).

BERITA LAIN

6 NEGERI TERIMA RM21.26 BILION

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM21.26 bilion kepada enam negeri yang ketinggalan dari segi pembangunan di bawah Belanjawan 2027 dengan agihan mengambil kira

BERITA TERBARU