MIRI: Kerajaan perlu mengkaji dan menyemak semula tempoh kenaikan pangkat penjawat awam yang dikatakan terlalu panjang atau lama.
Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Dr Adnan Mat berkata demikian susulan keluhan penjawat awam terutamanya dalam kalangan warga pendidik.
“Ramai penjawat awam terutamanya warga pendidik di sini mengeluh berhubung kenaikan pangkat yang agak panjang bagi kumpulan pelaksana, iaitu 13 tahun, yang bermakna dua kali dalam kenaikan pangkat adalah terlalu lama.
“Justeru, mereka (warga pendidik) mencadangkan kepada Cuepacs agar kenaikan pangkat untuk kumpulan pelaksana dapat dipendekkan kepada 10 tahun, lapan tahun, dan enam tahun.
“Sekiranya usul ini diluluskan, maka pada masa akan datang, penjawat awam hanya memerlukan kenaikan pangkat secara pertama, kedua, dan ketiga pada gred maksimum kenaikan pangkat dalam skim perkhidmatan,” katanya pada sidang media selepas lawatannya ke Pejabat Pendidikan Bahagian Miri di sini semalam.
Berita lanjut dalam epaper percuma STSS.


