ARTIKEL

Fredoline Felix Den (tengah) diapit oleh ibu bapanya, Felix Den Anthony Paru (kanan) dan Jennifer Peru selepas menerima keputusan STPM. (RAMIDI SUBARI)

Kakak Inspirasi Fredoline Cemerlang STPM

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Mahu mengikuti jejak langkah kakak yang cemerlang di menara gading menjadi pembakar semangat utama Fredoline Rinai Felix Den apabila meraih Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 4.00 dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2025.

Pelajar etnik Lun Bawang dari SMK Merapok itu berkata, kejayaan kakaknya yang pernah menerima Anugerah Naib Canselor (ANC) di Universiti Teknologi MARA (UiTM) menjadi inspirasi terbesar untuk beliau turut melakar kecemerlangan dalam akademik.

“Mereka berusaha dari awal lagi, jadi saya rasa saya juga kena usaha sampai boleh capai macam mereka,” katanya ketika ditemui selepas mengambil keputusan STPM di SMK Tun Abang Haji Openg di sini, hari ini.

Beliau yang tampil anggun dengan busana tradisi Lun Bawang turut memaklumkan pernah berdepan rasa ragu dengan kemampuan diri sendiri, namun semangat untuk mengikut jejak keluarga banyak membantunya terus bertahan sepanjang pengajian STPM.

Fredoline Felix Den dicium oleh bapanya, Felix Den Anthony Paru (kanan), dan ibunya, Jennifer Peru selepas menerima keputusan STPM. (RAMIDI SUBARI)

Ujarnya, keluarga sentiasa beri motivasi ketika dia berasa kurang yakin.

Dalam pada itu, Fredoline turut berdepan cabaran pengurusan masa pembelajaran di sekolah, ulang kaji di rumah dan masa bersama-sama keluarga.

Beliau juga tidak menafikan kekangan capaian Internet di kawasan tempat tinggalnya di Lawas, kadangkala menyukarkan proses pembelajaran, terutama untuk mendapatkan bahan rujukan tambahan.

Fredoline Felix Den menunjukkan keputusan STPM. (RAMIDI SUBARI)

Namun, keadaan itu diatasi dengan usaha keluarga menyediakan kemudahan Internet di rumah serta ke bandar yang hanya mengambil masa sekitar 15 minit apabila diperlukan.

Berkongsi perancangan masa depan, beliau bercadang menyambung pengajian dalam bidang Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL) di Universiti Teknologi MARA (UiTM) selepas menghadiri sesi temu duga baru-baru ini.

Beliau juga bercita-cita untuk menjadi seorang guru mengikuti jejak langkah ibunya sendiri yang merupakan seorang pendidik.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU