ARTIKEL

Kakitangan SV News Sdn Bhd dan Sarawak Tribune Sdn Bhd merakam gambar kenangan bersama Pengerusi, Datuk Seri Azman Ujang (enam dari kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Dr Jeniri Amir (lima dari kiri). Foto: Mohd Alif Noni

Kakitangan SV News, Sarawak Tribune hadiri pertemuan bersama Azman Ujang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kakitangan SV News Sdn Bhd dan Sarawak Tribune Sdn Bhd menghadiri sesi pertemuan bersama Pengerusi, Datuk Seri Azman Ujang di sebuah hotel di sini, hari ini.

Sesi pertemuan yang turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif SV News Sdn Bhd dan Sarawak Tribune, Datuk Dr Jeniri Amir, menyentuh hala tuju kedua-dua syarikat akhbar itu setelah diiktiraf sebagai Syarikat Milik Kerajaan Sarawak (SOE).

Selain itu, warga kerja SV News Sdn Bhd dan Sarawak Tribune Sdn Bhd juga diberi peluang untuk mengemukakan soalan kepada pengerusi berhubung perkembangan semasa dan masa hadapan syarikat.

Sesi berkenaan memberi peluang kepada kakitangan kedua-dua akhbar berinteraksi secara langsung dengan barisan kepimpinan tertinggi syarikat, khususnya memasuki fasa baharu yang dilalui kedua-dua organisasi.

Pada Selasa, SV News Sdn Bhd dan Tribune Press Sdn Bhd antara 32 syarikat dan entiti di Sarawak yang diiktiraf sebagai Syarikat Milik Kerajaan Sarawak (SOE) bagi Fasa 2 Program Transformasi SOE Sarawak.

Sijil Ikrar Tanggungjawab SOE bagi pelaksanaan Fasa 2 itu diserahkan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg kepada Ketua Pegawai Eksekutif SV News Sdn Bhd dan Tribune Press Sdn Bhd, Datuk Dr Jeniri Amir, pada Program Transformasi SOE Sarawak: Ikrar Tadbir Urus Baik, Prestasi Tinggi dan Penciptaan Nilai Fasa 2.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU