ARTIKEL

Kampung Sebena dapat masjid baharu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

DARO: Penduduk Kampung Sebena gembira selepas projek bina baharu masjid di kampung itu kini siap sepenuhnya.

Pembinaan masjid bernilai RM350,000 itu siap minggu lalu dan tidak lama lagi boleh digunakan oleh penduduk setempat untuk menjalankan aktiviti keagamaan.

ADUN N.43 Daro, Safiee Ahmad ketika dihubungi berkata, pembinaan masjid itu dilaksanakan dengan peruntukan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) Dewan Undangan Negeri (DUN) Daro.

Menurutnya, masjid baharu itu bakal menjadi simbol pembangunan syiar Islam bagi menggantikan masjid lama yang sudah uzur.

“Masjid ini bukan sahaja berciri moden tetapi dilengkapi dengan pelbagai kemudahan untuk kegunaan 150 hingga 200 kariah dalam satu-satu masa.

“Projek ini mengakhiri penantian penduduk Kampung Sebena sejak sekian lama dan saya amat bersyukur pembinaannya berjalan lancar walaupun sedikit lewat berikutan beberapa isu termasuk arahan PKP lalu,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menggesa rakyat terus memberikan sokongan dan kerjasama agar perancangan pembangunan kerajaan dapat diteruskan.

Menurutnya, perjuangan membela rakyat di kawasan DUN Daro tidak akan ada titik noktahnya.

“Sebagai wakil rakyat di kawasan pesisir, saya sedar masih ramai rakyat di kawasan ini memerlukan pembangunan. Justeru, apa yang kita perjuangkan sebelum ini akan diteruskan.

BERITA LAIN

Projek ART Kuching Jadi Rujukan

KUCHING: Projek Transit Aliran Autonomi (ART) Kuching menjadi antara projek rujukan utama luar negara bagi China Railway Rolling Stock Corporation (CRRC) dalam usaha memperluas penggunaan

BERITA TERBARU

Projek ART Kuching Jadi Rujukan

KUCHING: Projek Transit Aliran Autonomi (ART) Kuching menjadi antara projek rujukan utama luar negara bagi China Railway Rolling Stock Corporation (CRRC) dalam usaha memperluas penggunaan