ARTIKEL

TERIMA KASIH: Fatimah (tengah) menerima cenderamata semasa Majlis Penutupan Pesta Kut Kanal dan Perasmian Benteng Sungai Kut Muara, di sini, hari ini.

Kampung Sungai Kut bakal berubah wajah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

DALAT: Kampung Sungai Kut bakal berubah wajah dengan pembangunan yang dibawa oleh pihak kerajaan.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Seri Fatimah Abdullah, berkata banyak projek pembinaan telah dirancang di kawasan ini.

“Dengan adanya projek ini, ia pasti dapat menjadi tarikan pelancong yang berkunjung ke sini.

“Disebabkan itu, banyak projek telah diatur di kawasan ini bagi membantu sektor pelancongan,” katanya.

RAKAM KENANGAN: Fatimah merakam kenangan bersama yang lain selepas merasmikan Benteng Sungai Kut Muara.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Penutupan Pesta Kut Kanal dan Perasmian Benteng Sungai Kut Muara, di sini, hari ini.

Fatimah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dalat, turut memberitahu bahawa kerjasama amat penting dalam merealisasikan kawasan ini sebagai tarikan pelancong.

Jelasnya, dengan kerjasama erat, banyak perkara dapat dilaksanakan demi keselesaan orang ramai.

Dalam pada itu, Fatimah turut menyampaikan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) untuk Projek Penambahbaikan Rumah Miskin Sarawak (PPRMS) Fasa 2 Tahun 2024.

Sebanyak 37 rumah menerima MRP PPRMS tersebut dengan jumlah keseluruhan RM514,000.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU