ARTIKEL

Gambar hiasan

Kanada umum tarif timbal balik sehingga 50 peratus ke atas barangan AS

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

OTTAWA: Kanada mengumumkan pada Selasa tarif timbal balik masing-masing sebanyak 15 peratus, 25 peratus dan 50 peratus ke atas barangan Amerika Syarikat (AS) susulan ketegangan perdagangan yang semakin memuncak dengan negara jirannya itu, lapor Xinhua.

Menurut kenyataan kerajaan, tarif timbal balik itu menyasarkan lebih 700 jenis barangan AS bernilai keseluruhan kira-kira US$20 bilion. Tarif baharu itu akan berkuat kuasa pada 8 September.

Langkah itu sebagai tindak balas terhadap tarif 50 peratus yang dikenakan AS ke atas barangan Kanada bernilai US$20 bilion dan mula berkuat kuasa pada hujung minggu lepas.

Terdahulu, Perdana Menteri Kanada Mark Carney berkata Ottawa akan mengambil tindakan balas “dolar demi dolar” menerusi tarif yang akan bermula pada 8 September.

BERITA LAIN

Langit Kalimantan bertukar jingga

JAKARTA: Seolah-olah babak dalam filem Mad Max, langit Kalimantan Tengah, Indonesia kembali diselubungi jerebu tebal berwarna jingga keperangan apabila kebakaran hutan dan tanah terus melanda

BERITA TERBARU

Langit Kalimantan bertukar jingga

JAKARTA: Seolah-olah babak dalam filem Mad Max, langit Kalimantan Tengah, Indonesia kembali diselubungi jerebu tebal berwarna jingga keperangan apabila kebakaran hutan dan tanah terus melanda

6 NEGERI TERIMA RM21.26 BILION

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM21.26 bilion kepada enam negeri yang ketinggalan dari segi pembangunan di bawah Belanjawan 2027 dengan agihan mengambil kira