ARTIKEL

Kanak-Kanak 12 tahun hilang kerana merajuk selamat pulang ke rumah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

JOHOR BAHRU: Seorang kanak-kanak lelaki 12 tahun yang dilaporkan hilang di Taman Bukit Indah di sini kerana merajuk selamat pulang ke rumah petang semalam.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP M. Kumarasan berkata laporan kehilangan dibuat bapa kanak-kanak itu yang berusia 47 tahun pada 10.46 pagi.

“Kanak-kanak itu dipercayai meninggalkan rumah selepas merajuk dengan ibu bapanya kerana tidak dibenarkan bermain iPad,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kanak-kanak itu dipercayai bersembunyi di sebuah rumah kosong berhampiran rumah keluarganya. — Bernama

BERITA LAIN

BERITA TERBARU