ARTIKEL

Kanak-Kanak 3 Tahun Lemas, Tiga Masih Hilang Dalam Tragedi Perahu Karam di Sungai Seperot

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MARUDI: Perjalanan empat penduduk Kampung Long Selatong ke Klinik Kesihatan Long San semalam berakhir tragedi apabila seorang kanak-kanak berusia tiga tahun ditemukan lemas, manakala tiga ahli keluarganya masih hilang dipercayai terlibat dalam kejadian perahu karam di Sungai Seperot.

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba berkata, mangsa yang masih belum ditemui ialah dua lelaki dewasa berusia sekitar 40-an dan 30-an serta seorang wanita dewasa berusia sekitar 30-an.

“Kesemua mereka dilaporkan keluar menaiki sebuah perahu semalam, namun gagal pulang ke rumah sebelum kebimbangan keluarga membawa kepada laporan kepada pihak berkuasa,” katanya dalam kenyataan.

Tambah PGO, menurut maklumat awal, polis menerima maklumat daripada orang awam pada kira-kira 11.23 pagi tadi selepas mangsa dilaporkan tidak pulang dan gagal dihubungi sejak sehari sebelumnya.

Katanya, usaha mencari oleh penduduk kampung membawa kepada penemuan sebuah perahu yang dipercayai dinaiki kesemua mangsa dalam keadaan karam di Sungai Seperot, sekali gus menguatkan kebimbangan bahawa mereka terlibat dalam nahas berkenaan.

“Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun kemudian ditemukan oleh orang awam, namun disahkan meninggal dunia.

“Mayat mangsa dibawa ke Klinik Kesihatan Long San untuk tindakan lanjut, manakala tiga lagi mangsa masih belum ditemui.

“Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) dijadual memulakan operasi pagi tadi,” katanya.

Tambah PGO, lokasi kejadian yang berada di kawasan pedalaman menyebabkan pasukan penyelamat perlu menempuh perjalanan kira-kira lima jam melalui laluan jalan balak sebelum tiba di lokasi operasi.

Katanya, operasi berkenaan akan dilaksanakan oleh Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Marudi dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) sementara usaha mengesan tiga mangsa yang masih hilang diteruskan.

BERITA LAIN

6 NEGERI TERIMA RM21.26 BILION

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM21.26 bilion kepada enam negeri yang ketinggalan dari segi pembangunan di bawah Belanjawan 2027 dengan agihan mengambil kira

BERITA TERBARU