ARTIKEL

Kapal Hospital Libya mula berlayar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

TRIPOLI/ISTANBUL: Kapal Libya, Omar al-Mukhtar pada Ahad mula belayar untuk menyertai konvoi Global Sumud Flotilla yang bertujuan memecahkan sekatan Israel ke atas Semenanjung Gaza selepas dilengkapi dengan unit rawatan rapi bagi menyediakan perkhidmatan kesihatan untuk kumpulan itu.

Jurucakap kapal berkenaan, Nabil al-Soukni, memberitahu Anadolu Ajansi (AA) bahawa pelayaran itu dilakukan selepas kapal berkenaan tidak dapat berlayar pada Rabu lepas disebabkan cuaca buruk.

“Kami kini bersedia sepenuhnya dengan semua peralatan dan kami menambah simpanan bekalan untuk beberapa bot kecil yang sebelum ini kekurangan bekalan kerana saiznya,” kata al-Soukni.

Beliau menambah bahawa pihaknya juga telah memperuntukkan ruang untuk para aktivis daripada beberapa bot yang dianggap tidak sesuai untuk sampai ke Gaza.

Jurucakap itu berkata Omar alMukhtar membawa khemah untuk rakyat Palestin yang kehilangan tempat tinggal, ubat-ubatan, susu formula bayi serta pelbagai bekalan untuk semua peringkat umur di wilayah itu.

“Sokongan awam dan moral yang kami terima daripada beberapa pihak di Libya adalah mesej kuat untuk menaikkan semangat kru kapal Omar al-Mukhtar,” katanya lagi. Antara tokoh terkemuka di atas kapal itu ialah bekas Perdana Menteri Libya Omar al-Hassi, bersama aktivis antarabangsa, kata jurucakap itu.

Pegawai perubatan kapal Omar al-Mukhtar, Abdel Rahman Humaid, memberitahu Anadolu bahawa mereka membawa pasukan kesihatan pengiring dan menyediakan unit rawatan rapi bagi memberi perkhidmatan perubatan kepada flotila antarabangsa itu.

“Kami melengkapkan kapal dengan peralatan dan ubat-ubatan, termasuk semua kelengkapan rawatan rapi yang diperlukan,” kata Humaid.

Baru-baru ini, puluhan kapal belayar dari pelabuhan Afrika Utara dan Eropah menuju ke Gaza sebagai sebahagian daripada konvoi Global Sumud Flotilla bagi memecahkan sekatan Israel.

Pada 16 Sept, Jawatankuasa Antarabangsa untuk Memecahkan Sekatan Israel ke atas Gaza mengumumkan bahawa kapalkapal flotila itu akan berkumpul berhampiran negara pulau Malta untuk belayar bersama merentasi Laut Mediterranean menuju ke perairan Gaza, tanpa menyatakan tarikh. – Bernama-Anadolu

BERITA LAIN

Trump siarkan video lelaki maut akibat harimau

WASHINGTON: Presiden AS Donald Trump memuat naik rakaman yang mengemparkan di akaun Truth Social beliau pada Selasa, memaparkan seorang lelaki di Britain yang maut dibaham

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU

Chip semikonduktor ngaga meter karan

KUCHING: SMD Semiconductor deka nanggam kerejasama enggau siti kompeni ari China dikena ngadu langkar tengkebang chip semikonduktor Sarawak dikena ngaga meter karan. Premier Sarawak, Datuk

Projek jematan Sarawak diaku

KUALA LUMPUR: Jematan Muara Lassa di Bagi Menua Mukah nurai pemujur ngemegah ati pengudah Opis Kereja Raya (JKR) Sarawak menang kategori projek besai lebuh Road