ARTIKEL

Gambar hiasan Pixabay

Kapal Iran Dirampas AS Diserahkan Kepada Pakistan Untuk Penghantaran Pulang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

ISTANBUL: Sebuah kapal yang dipintas oleh Amerika Syarikat (AS) selepas cuba melanggar sekatan ke atas pelabuhan Iran diserahkan kepada Pakistan untuk penghantaran pulang ke Iran bersama kru kapal itu, menurut laporan media Amerika Syarikat pada Ahad, memetik Markas Pemerintahan Pusat AS (CENTCOM), lapor Anadolu Ajansi.

“Hari ini, pasukan AS menyelesaikan pemindahan 22 kru kapal M/V Touska ke Pakistan untuk penghantaran pulang,” kata jurucakap CENTCOM Kapten Tim Hawkins seperti dipetik penyiar ABC News.

Hawkins menambah enam lagi penumpang telah dipindahkan ke sebuah negara serantau untuk penghantaran pulang minggu lepas.

Media negara Iran melaporkan enam individu itu merupakan ahli keluarga kepada sebahagian kru kapal berkenaan.

CENTCOM tidak memberikan maklum balas terhadap permintaan pengesahan. Pihak berkuasa Pakistan dan Iran juga belum mengesahkan laporan itu.

Pasukan tentera laut AS merampas kapal Touska pada 19 April di Teluk Oman selepas ia dilaporkan enggan mematuhi arahan sekatan.– BERNAMA-
 

BERITA LAIN

Rakyat protes dasar berat sebelah

BANGKOK: Ratusan penunjuk perasaan berhimpun berhampiran Pusat Konvensyen Nasional Queen Sirikit (QSNCC) pada Khamis bagi membantah dasar Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia yang

BERITA TERBARU

Rakyat protes dasar berat sebelah

BANGKOK: Ratusan penunjuk perasaan berhimpun berhampiran Pusat Konvensyen Nasional Queen Sirikit (QSNCC) pada Khamis bagi membantah dasar Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia yang

Geran pemula bantu usahawan muda Sarawak

KUCHING: Usahawan belia di Sarawak berpeluang memohon geran sehingga RM15,000 menerusi Geran SYStartUP bagi membantu menampung kos permulaan dan pembangunan perniagaan masing-masing. Timbalan Menteri Belia,