ARTIKEL

Kapal kargo membawa muatan pasir ditahan pada jarak 0.56 batu nautika Tenggara Gunung Ayer hitam, kira-kira jam 12.20 tengah hari, semalam

Kapal kargo bawa muatan pasir ditahan, tidak maklum pertukaran nakhoda

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sebuah kapal kargo membawa muatan pasir ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Sarawak semalam kerana gagal mengemukakan pertukaran nakhoda secara bertulis dalam ‘Certificate of Malaysia Registry’.

Pengarah Maritim Sarawak Laksaman Pertama Zin Azman Md Yunos berkata, kapal yang dinaiki enam warga asing dan dua warga tempatan itu ditahan pada jarak 0.56 batu nautika Tenggara Gunung Ayer hitam, kira-kira jam 12.20 tengah hari.

“Kapal tersebut dikesan oleh bot ronda Maritim Malaysia ketika menjalankan Op Permai dan Op Tiris.

“Bot ronda Maritim Malaysia telah merapat dan melakukan pemeriksaan serta mendapati nakhoda kapal gagal mengemukakan bukti pertukaran nakhoda secara bertulis dalam ‘Certificate of Malaysia Registry’,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sementara beliau berkata, pemeriksaan terhadap kesemua kru mendapati kesemua mereka mempunyai dokumen pengenalan diri yang lengkap.

Katanya, kapal tersebut diiring ke kawasan bersauh berhampiran Jeti Kompleks Maritim Tun Abang Salahuddin (KOMTAS) untuk tindakan selanjutnya oleh pegawai penyiasat.

Dalam pada itu Zin Azman berkata, Maritim Negeri Sarawak memohon kepada masyarakat khususnya komuniti perkapalan agar sentiasa peka terhadap undang-undang dan peraturan yang dikuatkuasakan.
 
Katanya, sebarang salah laku atau kegiatan jenayah di laut, orang awam boleh menyalurkan aduan ke talian Pusat Operasi Maritim Malaysia Negeri Sarawak (082-432544) atau MERS 999 untuk maklum balas segera.

Seramai enam warga asing dan dua warga tempatan yang diperiksa mempunyai dokumen lengkap.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU