ARTIKEL

Gambar: Izzam (dua dari kiri) duduk bersama Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman (tiga dari kanan) dan Pengerusi Kumpulan, Jeneral Tan Sri Dato' Seri Diraja Mohd Zahidi Zainuddin (tiga dari kiri).

Kapasiti pengeluaran simen di Sarawak diperkukuh

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Cahya Mata Sarawak dijangka memulakan pembinaan fasa kedua loji klinker di Mambung pada tahun ini.

Menurut Penasihat Undang-Undang Kumpulan Cahya Mata Sarawak, Izzam Ibrahim, projek tersebut kini berada di peringkat akhir proses kelulusan peraturan daripada kerajaan negeri sebelum kerja fizikal dapat dimulakan secara rasmi.

“Pada Januari lalu, kita telah mengeluarkan kenyataan media mengenai pembangunan loji klinker di Mambung, iaitu Line 2. Kita sedang melalui proses kelulusan daripada pihak berkuasa,” katanya semasa Majlis Rumah Terbuka Cahya Mata Sarawak 2025 di Hotel Raia & Convention Centre, semalam.

Izzam menambah bahawa semua keperluan penting, termasuk sumber tenaga kerja dan proses perolehan, telah disusun rapi bagi memastikan pembinaan dapat dimulakan sebaik sahaja menerima kelulusan rasmi.

“Kita sudah bariskan semua tenaga kerja dan proses perolehan yang diperlukan untuk memulakan projek ini. Jika semuanya berjalan lancar dan kelulusan diperoleh, pembinaan boleh dimulakan tahun ini,” ujarnya.

Beliau menjelaskan bahawa projek ini penting untuk memperkukuh kapasiti pengeluaran simen di Sarawak serta membuka peluang bagi Cahya Mata Sarawak menembusi pasaran serantau.

“Bila kilang ini siap, ia akan meningkatkan lagi bekalan simen dalam Sarawak, dan jika ada rezeki, boleh berkembang ke seluruh Borneo. Bila siap sepenuhnya, loji ini akan jadi pengeluar terbesar di rantau ini,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Izzam turut berkongsi kejayaan kewangan syarikat, di mana Cahya Mata Sarawak mencatatkan peningkatan keuntungan 48 peratus bagi suku keempat tahun kewangan 2024, didorong oleh prestasi kukuh dalam sektor simen dan konkrit, pembinaan jalan raya, serta perkhidmatan sokongan minyak dan gas.

“Keputusan suku keempat yang diumumkan pada 18 Februari lalu menunjukkan peningkatan 48 peratus secara tahun ke tahun. Kita sangat bangga dengan pencapaian ini yang bukan hanya kejayaan pihak pengurusan, tetapi seluruh tenaga kerja,” jelasnya.


Beliau menambah, laporan kewangan penuh bagi tahun 2024 akan diumumkan tidak lama lagi, bersama Laporan Tahunan Bersepadu yang buat pertama kali akan mematuhi kehendak pelaporan ESG (Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus) seperti yang ditetapkan oleh Bursa Malaysia.

“Tahun ini adalah kali pertama Cahya Mata Sarawak benar-benar melaksanakan pelaporan kelestarian secara menyeluruh dalam laporan tahunan. ESG kini wajib dilaporkan, dan kita ambil tanggungjawab ini dengan serius,” katanya.

Izzam menegaskan bahawa pelaporan ESG bukan sekadar keperluan pematuhan, sebaliknya mencerminkan komitmen Cahya Mata Sarawak dalam membina masa depan yang mampan dan bertanggungjawab.

BERITA LAIN

Projek ART Kuching Jadi Rujukan

KUCHING: Projek Transit Aliran Autonomi (ART) Kuching menjadi antara projek rujukan utama luar negara bagi China Railway Rolling Stock Corporation (CRRC) dalam usaha memperluas penggunaan

BERITA TERBARU

Projek ART Kuching Jadi Rujukan

KUCHING: Projek Transit Aliran Autonomi (ART) Kuching menjadi antara projek rujukan utama luar negara bagi China Railway Rolling Stock Corporation (CRRC) dalam usaha memperluas penggunaan