ARTIKEL

KARNIVAL…Henry dan Joseph (tiga kiri) mempelawa orang ramai untuk bersama-sama memeriahkan karnival pada 29 November hingga 1 Disember 2024.

Karnival Belia Bau 2024 berlangsung 29 November hingga 1 Disember

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Golongan belia khususnya masyarakat di sekitar Bau dipelawa untuk menghadiri Karnival Belia Bau 2024 bertempat di Redeems Centre, Singai pada 29 November hingga 1 Disember 2024.

Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak (Sungai dan Laut) Datuk Henry Harry Jinep berkata, seramai 10,000 pengunjung dijangka bakal menghadiri karnival yang mempamerkan kemahiran dan kreativiti golongan belia.

“Selain itu, ia turut mempromosikan kekayaan warisan budaya di Bau di samping sebagai platform mencungkil bakat tempatan yang berpotensi.

“Pada masa sama, kita turut memberi peluang kepada belia untuk mengendalikan acara seperti ini dan karnival itu memacu penglibatan belia kepada pelbagai aktiviti,” katanya pada sidang media yang diadakan di sini, hari ini.

Pada masa sama, ADUN Tasik Biru menambah, platform asas seperti penganjuran karnival yang memfokuskan belia perlu ada untuk meningkatkan pembangunan bakat dalam kalangan generasi baharu.

“Oleh kerana peluang itu ada, mereka dapat mengambil bahagian dan mula meneroka, selain ibu bapa juga memainkan peranan penting menggalakkan dan menyokong mereka untuk menyertai acara sebegini,” katanya.

Menurut pengerusi penganjur Joseph Emmanuel Rentap Ningkan berkata, acara ini menekankan komitmen terhadap penglibatan dan pembangunan belia, memberi inspirasi kepada mereka untuk mengambil bahagian secara aktif dalam inisiatif pembinaan komuniti.

“Sambutan perpaduan, budaya dan semangat hidup masyarakat Bau meletakkan kawasan itu sebagai hab bakat dan kreativiti, menyumbang kepada masa depannya yang progresif dan inklusif.

“Malah pelbagai acara akan diadakan sepanjang karnival seperti pertandingan ratu cantik, pertandingan Belia Bau Idol, program kecergasan dan zumba, pertandingan bola sepak, konsert artis tempatan dan lain-lain,” katanya.

Karnival itu dijangka akan dirasmikan oleh ADUN Krian Friday Belik mewakili Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Seri Tiong King Sing pada 30 November depan manakala Henry akan merasmikan majlis penutupan pada 1 Disember 2024.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU