ARTIKEL

TURUT SERTA…Pemain pasukan Arepeye United.

Karnival Empat Penjuru Berlangsung Di Miri

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sebagai usaha mengimbau kembali zaman kegemilangan pemain berstatus veteran di pentas bola sepak tempatan, kelab ZR United Vet menganjurkan Karnival Empat Penjuru Jemputan 2025 yang dijadual berlangsung 1 November depan.

Pengerusi karnival, Mohd. Zulkipli Idris memberitahu, karnival tersebut membabitkan empat pasukan yang merupakan kelab bola sepak veteran dari beberapa bahagian.

Menurut Zulkipli, pasukan terbabit ialah ZR United (Miri), PGA Vet (Miri), Jelikou (Bintulu) dan Arapeye United (Kota Samarahan).

“Saingan berlangsung sehari (1 November) dengan format karnival secara liga satu pusingan (round robin),” ujar Zulkipli kepada Arena Suara Sarawak.

Beliau memberitahu, padang Majlis Bandaraya Miri (MBM) merupakan gelanggang rasmi karnival terbabit

Katanya, hadiah berupa wang tunai menanti empat pasukan terbabit – juara, naib juara, tempat ketiga dan tempat keempat.

“Kita menjangkakan pertembungan sengit berlaku membabitkan kesemua empat pasukan bertanding.

“Difahamkan kesemua pasukan terbabit turut menyenaraikan bekas pemain berstatus bintang,” tambah beliau.

Karnival terbabit juga diharap dapat dijadikan pentas untuk merapat kembali hubungan silaturahim sesama mereka.

“Kita percaya para pemain akan teruja kerana berpeluang bertemu kembali dengan rakan taulan yang lama tidak bersua,” katanya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU