ARTIKEL

UNTUK KENANGAN... Royston Valentine (berdiri ditengah) merakam gambar bersama pemain selesai majlis penyampaian hadiah.

KARNIVAL LIGA BOLA SEPAK MINI BINTANG B-9 & B-12 MUKAH: Penguasaan hebat pasukan pilihan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUKAH: Karnival Liga Bola Sepak Mini Bintang Tertutup Mukah 2025 bagi kategori Bawah 9 Tahun dan Bawah 12 Tahun, yang merebut Piala ADUN Tellian, Royston Valentine, melabuhkan tirainya petang tadi dengan menyaksikan penguasaan hebat pasukan pilihan.

Saingan kategori bawah 9 tahun mencuri tumpuan apabila tiga pasukan dari Akademi Setiaraja Mukah A, B dan C masing-masing gah bergelar juara, naib juara dan tempat ketiga.

Tidak kurang hebatnya saingan kategori bawah 12 tahun bagi merebut Piala ADUN Tellian apabila Igan FC muncul juara, manakala Akademi Setiaraja Mukah C menduduki tempat kedua dan Leetonia Jr U12 di tempat ketiga.

Kejayaan itu membolehkan Igan FC membawa pulang piala pusingan, piala iringan, pingat dan wang tunai RM300. Selain itu, naib juara dan tempat ketiga turut menerima hadiah berupa piala dan pingat.

JUARA… Royston Valentine (enam dari kiri) menyampaikan piala kepada ketua pasukan Igan FC.



Bagi kategori bawah 9 tahun pula, ketiga-tiga pasukan masing-masing menerima hadiah berupa hamper dan pingat.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh ADUN Tellian, Royston Valentine, dengan kehadiran Pengarah Teknikal Akademi Setiaraja Mukah, Jamal Wasli.

Pengerusi Kejohanan, Ebeni Mohamad, berkata kejohanan sehari yang berlangsung pada 27 Disember di Padang SK Datuk Awang Udin, Mukah itu dianjurkan oleh KSR Leetonia Jr dengan kerjasama Pusat Khidmat ADUN Tellian dan Akademi Setiaraja Mukah.

Menurutnya, sebanyak lapan pasukan terlibat, melibatkan tiga pasukan bagi kategori bawah 9 tahun dan lima pasukan bagi kategori bawah 12 tahun.

Katanya, penganjuran kejohanan itu memberi peluang kepada pemain peringkat umur berkenaan mempamerkan bakat mereka, selain mengisi aktiviti sempena musim cuti persekolahan.

“Pihak kami merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak, terutama ADUN Tellian, Royston Valentine, atas sokongan yang diberikan bagi menjayakan penganjuran kejohanan ini,” katanya.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU

Chip semikonduktor ngaga meter karan

KUCHING: SMD Semiconductor deka nanggam kerejasama enggau siti kompeni ari China dikena ngadu langkar tengkebang chip semikonduktor Sarawak dikena ngaga meter karan. Premier Sarawak, Datuk

Projek jematan Sarawak diaku

KUALA LUMPUR: Jematan Muara Lassa di Bagi Menua Mukah nurai pemujur ngemegah ati pengudah Opis Kereja Raya (JKR) Sarawak menang kategori projek besai lebuh Road