ARTIKEL

PENGERUSI KARNIVAL...Abdul Muhtalip Tegak.

KARNIVAL LIGA FUTSAL VETERAN & B-12 2025: Saingan berlangsung 6 Disember depan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA SAMARAHAN: Sebagai usaha memperkasakan program pembangunan sukan bola sepak lima sebelah atau lebih dikenali sebagai futsal, Kelab Bola Sepak V-FOSS FC dan Akademi Bola Sepak Remaja Samarahan (SYFA) akan menganjurkan Karnival Liga Futsal Veteran dan Bawah 12 Tahun 2025.

Pengerusi Karnival, Abdul Muhtalip Tegak memberitahu, karnival julung kali dianjurkan itu dijadual berlangsung pada 6 Disember depan bertempat di gelanggang futsal Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Kota Samarahan.

Menurut Muhtalip, pihaknya menyasarkan 16 pasukan untuk kategori veteran berbanding 12 pasukan untuk bawah 12 tahun.

“Ia merupakan penganjuran pertama kita untuk karnival ini dengan sasaran pasukan yang telah ditetapkan.

“Pasukan berminat dan ingin membuat pendaftaran boleh menghubungi saya di talian 012-8844581,” ujar Muhtalip kepada Arena Suara Sarawak.

Katanya, yuran pendaftaran untuk kategori bawah 12 tahun ialah RM200 dan RM300 untuk kategori veteran.

Apa yang menariknya, tegas Muhtalip, hadiah wang tunai cukup lumayan menanti tiga pasukan terbaik bagi setiap kategori.

“Juara bagi kategori bawah 12 tahun akan menerima wang tunai RM600 dan piala. Naib juara pula akan menerima wang tunai RM400 termasuk piala.

“Dua pasukan yang tewas di peringkat separuh akhir masing-masing menerima wang tunai RM200 selaku pemenang tempat ketiga bersama,” tambah beliau.

Bagi kategori veteran, juara akan membawa pulang wang tunai RM800 dan piala. Naib juara pula akan menerima wang tunai RM500 beserta piala.

“Dua pasukan yang tewas di peringkat separuh akhir akan menerima wang tunai RM250 selaku pemenang tempat ketiga bersama,” menurut beliau lagi.

Jelas Muhtalip, tarikh tutup pendaftaran ditetapkan pada 20 November ini.

“Setakat ini terdapat pasukan yang sudah mengesahkan penyertaan mereka membabitkan kedua-dua kategori berkenaan,” katanya.

BERITA LAIN

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha