ARTIKEL

Bobie Farid Shamsudin -BERNAMA

Kawalan keselamatan diperketat aksi Perak berdepan JDT, elak insiden luar jangka

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

IPOH: Kawalan keselamatan di Stadium Perak di sini, akan diperketatkan bagi memastikan tiada insiden luar jangka tercetus menjelang saingan separuh akhir pertama Piala Malaysia antara Perak FC dan Johor Darul Ta’zim (JDT) di venue berkenaan, Khamis ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Perak FC Bobie Farid Shamsuddin berkata lebih 300 anggota polis akan membantu mengawal dan melakukan pemantauan bagi memastikan keadaan keselamatan penyokong kedua-dua pasukan terjamin.

“Kita akui aksi kedua-dua pasukan ini pernah dicemari dengan sejarah tidak baik namun diharapkan untuk kali ini, biarlah ia berlangsung aman dan diharapkan penyokong menjaga tingkah laku selain mengutamakan semangat kesukanan.

Insiden berkenaan berulang pada Ogos 2016 apabila The Bos Gaurus sekali lagi tumbang di laman sendiri kepada JDT dengan jaringan sama dan ia turut menyebabkan kecederaan menimpa seorang petugas media.

Dalam pada itu, Bobie Farid berkata pihaknya menyasarkan 25,000 tiket akan terjual kepada penyokong kedua-dua pasukan sama ada secara fizikal atau dalam talian.

“Walaupun kapasiti stadium boleh memuatkan maksimum 28,000 penyokong, atas faktor keselamatan kita hanya sediakan sekitar 25,000 tiket.

“Buat masa ini lebih 4,000 tiket secara dalam talian terjual dan untuk tiket fizikal kita akan buka jualannya pada esok (18 Okt) bermula dari 11 pagi hingga 6 petang di Stadium Perak,” katanya.

Mengulas mengenai pertembungan kedua-dua pasukan, beliau berkata walaupun dianggap underdog, barisan pemain Perak FC akan berjuang habis-habisan untuk melakar kejutan ke atas JDT.

“Realitinya, JDT sebuah pasukan yang lengkap di setiap posisi selain merupakan juara bertahan. Ia jauh jika nak dibandingkan dengan Perak namun saya yakin setiap daripada kita termasuk penyokong mahu melihat The Bos Gaurus meraih kemenangan,” katanya. – BERNAMA

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium