Sarawak terajui teknologi tenaga hijau ASEAN

Trending

Kawasan Tanah Perkuburan Islam Semariang bakal diluaskan

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Kawasan Tanah Perkuburan Islam Semariang bakal diperbesar bagi memenuhi keperluan masyarakat Islam sehingga tahun 2050.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mendedahkan bahawa dirinya sudah meluluskan tanah di kawasan tersebut untuk memperbesar kawasan perkuburan itu.

SIDANG MEDIA… Abang Johari ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Kompleks Raudhatul Sakinah di Tanah Perkuburan Islam Samariang.

“Tanah di kawasan belakang kawasan perkuburan sudah diambil alih dan akan dijadikan sebagai kawasan baharu bagi tujuan ini.

“Berdasarkan perangkaan kita, djangka ia dapat menampung keperluan masyarakat Islam sehingga tahun 2050.

Abang Johari menandatangani plak sekali gus merasmikan Kompleks Raudhatul Sakinah Kuching turut disaksikan (dari kiri) Tan Sri Abdul Aziz Husain, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah, Pegawai Eksekutif LAKMNS dan Datuk Abang Abdul Wahab Abang Julai di Tanah Perkuburan Islam Samariang.

“Jadi, kita tidak akan hadapi sebarang masalah sehingga 2050. Selepas itu, kita serahkan kepada generasi baharu untuk fikirkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Kompleks Raudhatul Sakinah Kuching di Tanah Perkuburan Islam Semariang, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Abang Johari menambah bahawa usaha dilakukan untuk mencari tapak perkuburan bagi masyarakat Islam di kawasan lain.

Seperti yang berlaku di Sibu katanya, perkuburan di Masjid Al-Qadim agak padat dan kita mempunyai lokasi baharu untuk tujuan itu terletak di Jalan Oya.

Baca lain  Kesedaran bahaya wabak maut tinggi

“Begitu juga di Miri, dan beberapa tempat lain yang kita sudah kenal pasti untuk jadikan sebagai tanah perkuburan,” ujarnya.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

8 Jun 2023

Berita Terbaru