ARTIKEL

Aidil ketika perlawanan menentang Kelantan City. | Foto: KCFC

KCFC kembali beraksi di laman sendiri, sokongan penyokong jadi ‘tenaga tambahan’

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Selepas melalui rentetan perlawanan di gelanggang lawan, Kuching City FC (KCFC) akhirnya bakal kembali beraksi di tanah air apabila dijadualkan menentang Kelantan City FC di Stadium Taha Ariffin dalam aksi timbal balik suku akhir Piala FA Malaysia pada 7.45 malam, 10 Oktober ini.

Ketua jurulatih KCFC, Aidil Sharin Sahak berkata, pasukannya sememangnya mengharapkan peluang untuk kembali beraksi di stadium sendiri selepas melalui jadual yang menyaksikan mereka bermain hingga sembilan perlawanan berturut-turut di gelanggang lawan.

Stadium Taha Ariffin yang menjadi gelanggang Kuching City FC masih dalam proses penambahbaikan.

“Insya-Allah. Jika cuaca mengizinkan dan keadaan baik untuk bermain, kami pasti mahu kembali ke stadium sendiri kerana seperti yang saya katakan, tiada pasukan dalam liga yang bermain lapan atau sembilan perlawanan berturut-turut di tempat lawan.

“Bukan mudah untuk pemain daftar masuk dan keluar hotel, ke lapangan terbang dan sebagainya.

Para pemain KCFC selamat tiba di Bumi Kenyalang.

Kami juga bukan pasukan terbaik dalam liga, secara jujurnya kami tidak mempunyai kemudahan untuk membantu pemain pulih dengan baik dan cepat.

“Namun, ini sesuatu yang pasti kami pelajari dan pengalaman ini akan menjadikan kami lebih kuat selepas ini,” katanya selepas perlawanan menentang Kelantan City, Ahad.

Para pemain KCFC selamat tiba di Bumi Kenyalang.

Kepulangan KCFC pastinya amat dinantikan para penyokong yang mahu menyaksikan pasukan kesayangan mereka beraksi di gelanggang sendiri, apatah lagi stadium itu kini tampil dengan wajah baharu selepas melalui kerja pengubahsuaian dan penjenamaan semula.

Suasana dijangka lebih meriah apabila penyokong The Cats memenuhi stadium berkenaan bagi memberikan sokongan dalam usaha pasukan memburu tiket ke separuh akhir Piala FA.

Para pemain KCFC selamat tiba di Bumi Kenyalang.

Aidil turut mengakui sokongan penyokong mampu menjadi pencetus tenaga tambahan buat pemain, terutama apabila KCFC berdepan perlawanan penting di laman sendiri.

Kemenangan diperlukan KCFC untuk memastikan mereka mara ke separuh akhir Piala FA, sekali gus menjadikan sokongan penyokong di STA antara elemen penting menjelang perlawanan berkenaan.

Bagaimanapun, sebelum bertemu Kelantan City, KCFC terlebih dahulu akan membuka kempen Kejohanan Kelab ASEAN Shopee Cup 2026-2027 menentang Tampines Rovers FC dari Singapura pada 7 Oktober, jam 9 malam di STA.

Aidil berkata, jadual padat itu sekali lagi menguji kemampuan pasukannya, namun beliau enggan menjadikannya sebagai alasan.

BERITA LAIN

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

BERITA TERBARU

Rakyat protes dasar berat sebelah

BANGKOK: Ratusan penunjuk perasaan berhimpun berhampiran Pusat Konvensyen Nasional Queen Sirikit (QSNCC) pada Khamis bagi membantah dasar Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia yang

Geran pemula bantu usahawan muda Sarawak

KUCHING: Usahawan belia di Sarawak berpeluang memohon geran sehingga RM15,000 menerusi Geran SYStartUP bagi membantu menampung kos permulaan dan pembangunan perniagaan masing-masing. Timbalan Menteri Belia,