ARTIKEL

KDN akan perkemas kaedah daftar pelarian UNHCR

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KAJANG: Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memperkemas kaedah pendaftaran pelarian bawah Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR).

Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berkata, langkah itu diambil kerana kementerian ketika ini tidak mengetahui jumlah sebenar pelarian di Malaysia.

Perkara itu hanya boleh diatasi jika UNHCR dapat memberikan jumlah pelarian yang tepat melalui kaedah pendaftaran mereka, tambahnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Program Penerapan Nilai-Nilai Murni dan Iftar Jama’ie di Masjid Penjara Kajang semalam yang turut dihadiri Ketua Setiausaha KDN Ruji Ubi dan Ketua Pengarah Jabatan Penjara Nordin Muhammad.- Bernama

Saifuddin berkata, perkara sama turut dibangkitkan beliau pada pertemuan bersama Perdana Menteri Anwar Ibrahim bagi mendapatkan nasihat mengenai pengurusan pelarian di negara ini.

Sementara itu, diminta mengulas mengenai khabar angin yang mengatakan pengeluaran kad UNHCR akan dihentikan, beliau menjelaskan pengeluaran kad tersebut bagi pelarian dan pencari suaka sepenuhnya berada bawah organisasi berkenaan.

“UNHCR seperti yang kita tahu telah lama wujud sejak zaman perang Vietnam dan sampai sekarang ia satu entiti bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

“Fungsi UNHCR di negara ini hanya dua, iaitu menguruskan hal ehwal pelarian, kemudian menempatkan pelarian yang telah dikenal pasti dan ditapis untuk ditempatkan di negara ketiga,” katanya.- Bernama

BERITA LAIN

Warga emas ditemui lemas di Tasik Biru

MELAKA: Seorang lelaki warga emas yang dipercayai mengalami kemurungan ditemukan lemas di Tasik Biru, Chin Chin, Jasin malam ini. Komander Operasi Kanan Jabatan Bomba dan

Pilih taska berdaftar, pentingkan keselamatan

KUALA LUMPUR: Ibu bapa dinasihatkan untuk memilih taska yang berdaftar bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan anak-anak mereka. Presiden Persatuan Pengasuhan dan Perkembangan Awal Kanak-Kanak Berdaftar

BERITA TERBARU

Teknik eratkan hubungan keluarga

SIKAP SEDERHANA keluarga adalah suatu cara hidup yang mendasarkan diri pada prinsip kesederhanaan, kecukupan dan keutamaan dalam setiap aspek. Pendekatan ini dapat mengeratkan hubungan ahli