ARTIKEL

KDN Selesai Lebih 12,000 Permohonan Dokumen Pengenalan Diri Penduduk Pedalaman Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyelesaikan 12,509 permohonan dokumen pengenalan diri bagi penduduk pedalaman Sarawak menerusi Pasukan Petugas Khas (PPK), yang ditubuhkan bagi menangani isu ketiadaan dokumen rasmi dalam kalangan rakyat negeri itu.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata jumlah itu adalah daripada keseluruhan 13,224 permohonan yang dikumpulkan PPK sejak Julai 2023, manakala baki 715 permohonan sedang dalam proses untuk diselesaikan sepenuhnya.

Beliau menjelaskan, walaupun Malaysia merupakan negara maju dan membangun, masih terdapat penduduk yang tidak memiliki sijil kelahiran atau MyKad, sekali gus menyukarkan kehidupan mereka, termasuk dari segi akses kepada pendidikan dan rawatan kesihatan.

“Pegawai tidak tunggu di pejabat. Pegawai pergi ke rumah panjang, mencari orang yang tidak ada dokumen.
“Kalau ini berlaku (tanpa dokumen pengenalan diri), kehidupan mereka jadi payah. Nak sekolah susah, sakit demam nak pergi hospital belanja mahal,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini. – BERNAMA

BERITA LAIN

6 NEGERI TERIMA RM21.26 BILION

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM21.26 bilion kepada enam negeri yang ketinggalan dari segi pembangunan di bawah Belanjawan 2027 dengan agihan mengambil kira

BERITA TERBARU