Trending

Keadaan geografi kekangan terbesar pembinaan jalan raya di S’wak

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHIING: Keadaan geografi dan bentuk muka bumi Sarawak disifatkan sebagai cabaran besar melaksanakan pembinaan jalan raya.

Bagaimanapun Menteri Muda Jalan Pesisir, Datuk Julaihi Narawi menegaskan bahawa ia bukan penghalang bagi Kerajaan Sarawak meneruskan pembangunan di negeri ini terutama akses jalan raya.

“Tidak dinafikan bentuk muka bumi adalah cabaran besar kerana keadaan kawasan tanah lembut, tanah gambut dan sebagainya.

“Malah apabila masuk di kawasan pedalaman, kita akan menemui jenis tanah yang pelbagai,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Seminar Teknologi Jalan dan Tenaga Kerja Teknikal di sebuah hotel terkemuka di sini, semalam.

 

Katanya, selain keadaan tanah Sarawak juga memiliki sungai yang perlu dihubungkan dengan jambatan.

“Kerajaan Sarawak mencari penyelesaian dengan menggunakan teknologi bersesuaian dan berpatutan dengan kos serta menepati spesifikasi,” katanya.

Beliau menyifatkan Seminar Teknologi Jalan dan Tenaga Kerja Teknikal yang berlangsung dua hari bermula semalam memberi jawapan tepat kepada pihaknya untuk mengenal pasti kaedah dan teknologi Sarawak bagi melaksanakan projek pembangunan.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

26 November 2023

Berita Terbaru