ARTIKEL

Kebakaran hutan, tanah gambut terkawal di Miri

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIR:  Kebakaran hutan dan tanah gambut di Kuala Baram sejak Khamis lepas berjaya dikawal dengan kawasan kebakaran hanya seluas 20.23 hektar hari ini.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Miri, Law Poh Kiong berkata, jumlah keluasan kebakaran yang berjaya dipadamkan dalam operasi yang dijalankan mulai pukul 10 pagi tadi dibantu pekerja dari syarikat korporat berhampiran ialah 4.04 hektar.

“Kebakaran mula dikesan di kawasan tersebut pada jam 10.28 pagi pada Khamis lepas di Lot 4041 dan mula merebak ke kawasan lain sehingga menuju hutan berdekatan kawasan ladang Shin Yang semalam (3 Ogos),” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Law berkata, jumlah kawasan terbakar dalam tempoh dalam tempoh tiga hari tersebut (1 hingga 3 Ogos) ialah 101.17 hektar (250 ekar) yang telah dipadamkan dan ada terpadam dengan sendiri sehingga meninggalkan sedikit asap.

Kebakaran hutan dan tanah gambut adalah punca utama jerebu yang melanda bandaraya Miri.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU

Chip semikonduktor ngaga meter karan

KUCHING: SMD Semiconductor deka nanggam kerejasama enggau siti kompeni ari China dikena ngadu langkar tengkebang chip semikonduktor Sarawak dikena ngaga meter karan. Premier Sarawak, Datuk

Projek jematan Sarawak diaku

KUALA LUMPUR: Jematan Muara Lassa di Bagi Menua Mukah nurai pemujur ngemegah ati pengudah Opis Kereja Raya (JKR) Sarawak menang kategori projek besai lebuh Road